SILA LAYAR BLOG SAYA DENGAN KOMPUTER (LAYAR SKRIN BESAR) AGAR TIADA MESEJ YANG TERTINGGAL SEMASA MEMBACA. SKRIN TELEFON BIMBIT TERLALU KECIL, MUDAH TERABAI INFO TERTENTU.
Harap anda baca tulisan saya bermula dari BAB SATU (klik senarai bab-bab di bawah untuk pemilihan bab) hingga bab ini, agar maksud tulisan saya tidak terpesong.
BAB 1: Lastik / Katapel / Slingshot / Catapult Zaman Moden
BAB 2: Pengenalan kepada Lastik Moden
BAB 3: KESELAMATAN mesti sentiasa DIUTAMAKAN semasa meLastik
BAB 4: Memilih Lastik & Rubber Band yang sesuai untuk anda
BAB 5: Cara / Latihan asas yang betul untuk meLastik
BAB 6: Cara membidik ("aiming") yang betul
BAB 7: Lapang sasar, Loket sasaran dan Karong Sasar ("kitar semula" guli lastik)
BAB 8: Jenis-jenis guli lastik
BAB 9: Soal & Jawab (PENTING!!! JANGAN ABAI. (updated from time to time)
Nak lastik tepat bukan kerja sehari, buatlah perancangan berperingkat.
Mungkin ada yang kata dia "train" satu jam dah boleh tembak botol plastik dalam jarak 5-10 meter, itu baru ketuk pintu, belum masuk rumah lagi. :)
1. Pada peringkat permulaan, berlatih di luar ("outdoor") dengan mudball. Pilih rubber band 0.5mm ke 0.75mm dulu, sebab yang terlalu nipis cepat putus, yang terlalu tebal cepat lengoh tangan dan mengganggu anda membidik. Pilih lastik yang sedap dipegang, tak berat sangat & selamat (jangan percaya yang kata "slingshot for beginner", cari yang sesuai dengan pegangan sendiri, kalau boleh, rasa pegang dulu). Sentiasa berlatih dengan lastik & rubber band yang sama, jangan terlalu cepat tukar-tukar setup yang sedia ada. Sentiasa periksa keadaan alat lastik & rubber band sebelum bermula latihan.
Berlatih di pinggir hutan (atau tempat lapang yang luas) akan memudahkan anda lihat & tinjau landasan penerbangan guli lastik, ini memudahkan anda menentukan titik bidik yang betul.
Mula dengan jarak lima meter dulu, anjak ke lebih jauh mengikut keputusan lastik anda. Sekiranya keputusan kena sasaran undur, tak memuaskan, balik ke jarak dekat.
2. Selepas ada pengalaman tembakan 3,000-5,000 das, anda boleh mula cuba pakai guli besi (Ingatan: memakai eyeware & sarong tangan). Masa ini anda pun boleh mula tukar jenis rubber band yang lebih tebal dan kepanjangan yang berlainan mengikut kekuatan & keselesaan sendiri.
3. Selepas dah mengumpul pengalaman tembakan 8,000-10,000 das; anda boleh mula latih "indoor" dengan karung sasar + guli besi. Sebab ini akan lebih 'jimat' guli lastik, dan tetap boleh berlatih sewaktu hari hujan.
(*** Tetapi berlastik "outdoor" memang berlainan kepada berlatih "indoor", sebab lagi banyak faktor luaran, dan bebas membidik atas bawah, penulis sangat galak anda praktik kedua-dua untuk meningkatkan kemahiran anda.)
Bila anda sudah mahir, sudah pandai, nak macamana pegang, nak pakai pose apa boleh ikut suka hati anda.
Dalam semua tulisan saya, saya hanya tumpu kepada 'cara melastik pegangan melintang'. Maka ada yang mungkin mengatakan 'cara melastik pegangan serong' lagi bagus sebab pandangan ke sasaran yang lebih luas & kurang halangan. Walaubagaimanapun, untuk permulaan, 'cara melintang' adalah paling sainstifik, berkesan dalam membina asas melastik & kurang risiko salah tembak.
(Lastik kampong pakai cara membidik menegak, hampir tiada isu 'tembak busur' @ "fork hit", tapi nak kuasai cara ini ambil masa)
Kebaikan Melastik:
* Bantu menenangkan fikiran & menumpukan perhatian, semasa fikiran bercelaru, pasti anda tidak akan dapat kena sasaran dengan tepat.
* Memperlihara & memperbaiki daya penglihatan anda, hobi melastik outdoor lebih baik daripada menjadi 'bangsa tunduk' bermain handphone semata-mata.
* Kepuasan & membina keyakinan.
* Lastik moden bukan lagi mainan kanak-kanak, tetapi melibatkan pengetahuan fizik & pengiraan jarak. Serta memerlukan koordinasi mental & badan (khususnya tangan).
* Lastik boleh main perseorangn, atau beramai-ramai.
* Lastik boleh praktik "outdoor", mahupun "indoor". Masa "outdoor', kita kembali kepada pangkuan alam semulajadi.
* Lastik, sekali beli mungkin boleh pakai seumur, hanya perlu biayai kos rubber band. Guli boleh 'kitar semula' jika pakai karong sasar bersama guli besi galvanized.
* Melastik tiada khas pada masa, tempat & orang tertentu (KESELAMATAN tetap perlu diUTAMAkan).
* Lastik membolehkan kita mengimbas kembali kenangan zaman kanak-kanak.
*** Khusus untuk bekas penembak senapang / pistol dan pemanah, melastik akan membantu anda mencari kembali kenangan & kemahiran dulu. :)
Keburukan:
* Yang paling serius dan selalu dipersoalkan ialah SALAH GUNA, seperti sengaja tembak orang atau binatang (samada tak sengaja atau berniat jahat), menggunakannya dalam merosakkan harta benda, ataupun mengganggu ketenteraman jiran. Ini macam isu soal pisau, pakai dengan betul maka ianya alat yang membantu, salah pakai pula nescaya aniaya.
* Melastik tetap mempunyai risiko tertentu jikalau tidak membuat langkah keselamatan ("dangerous toy" = Lastik bukan alat mainan kanak-kanak).
* Macam disebut dalam Bab 1, ramai orang menganggap pelastik tu perangai 'kebudak-budakan'.
* Kos sampingan: dalam hobi/sukan lastik ini, alat lastik biasanya beli sekali pakai
seumur hidup, yang "consumable" itu ialah rubber band & guli
lastik. Tapi kos ini masih kira murah sekiranya berbanding kos pergi main game di
cybercafe, dan lagi realistik dalam kehidupan sebenar. Kalau nak "jogging" juga kena beli kasut jogging.
Maka, itu saja yang saya nak sebut buat sementara ini.
Kepada "expert" yang terbaca tulisan saya, sekiranya ada pandangan / cadangan yang nak tokok tambah, atau apa-apa kesilapan saya, sila kemukakan. Saya menerimanya dengan hati terbuka, dan akan tambah cadangan anda dengan "quote"kan itu sumber daripada anda. :) Ada masa kesian yang baru nak belajar lastik kena jalan jauh untuk sampai tujuan, mari kita sama-sama kongsikan pengetahuan kita.
Salam Ceria. Maju jaya dalam kehidupan, kerjaya & meLASTIK. :) GEMPURWIRA!!!
***Kalo anda nak langgan ammo lastik dgn sy, boleh pi:
Lastik Outdoor Online Shop @ SHOPEE.MY
aka
https://www.shopee.com.my/lastik.outdoor
Sekarang ramai yang ciplak iklan Sopi saya, maka terpulang kepada cerdik pandai anda untuk memilih.
Sopi larang menjual lastik, hampir semua ads lastik dipadam, untuk mereka yang berminat membeli lastik dengan saya, boleh kunjungi senarai lastik saya di:-
SENARAI LASTIK MODEN yang stok sedia ada (masih di peringkat upload & kemaskini)
aka
https://lastikmoden.blogspot.com
tapi sy lebih tumpu kpd "competitive slingshot" yg pakai flat rubber band, dan design yg kukuh, lebih simple tapi pratikal.
Beli lastik bukan saja tengok citarasa & suka mata, lagi penting ialah faham apa yang dibeli, ciri-ciri keselamatan memakainya, serta kena pegang selesa / mantap, saiz tapak tangan, kekuatan tangan, kegunaan, bajet dsbnya.
Nak cari atau dpt nasihat tentang lastik yg sesuai dgn anda, blh hubungi sy kat [Chat] Sopi atau wasap sy: 016 28 28 524 "feel free to inquiries" (no commitment to buy), sy akan cuba jawab anda bila ada masa, Terima Kasih. Ceria.