Atas sebab daya kuasa lastik moden yang amat kuat, keselamatan mesti sentiasa diutamakan ("always safety first"), khususnya para 'beginner' mesti sentiasa memakai:
1. Eyeware - Safety Eyeware berharga RM2 di kedai MrDIY sudah memadai, tapi untuk keselesaan pemakai atau nak gaya sikit, mungkin anda boleh membeli eyeware yang lebih "high class". Jangan ambil hati orang lain sindir anda memakai alat perlindungan mata, itu hak & langkah betul anda.
2. Memakai sarong tangan pada tangan yang memegang lastik.
3. Penggunaan mudballs / guli tanah
Daya tembus guli besi/keluli adalah dahsyat kerana kekerasan & keberatannya ("momentum"). Safety Mudball diperbuat daripada tanah liat, akan terus hancur kecai semasa terkena permukaan keras; sekiranya melastik ke botol kaca, juga tidak mudah untuk memecahkannya. (PERINGATAN: sekiranya mudball terus tembak kena pada tisu lembut manusia seperti mata, ia tetap MEMURADATKAN).
Penggunaan mudball yang meninggalkan tanda/kesan tembakan pada permukaan sasaran juga boleh membantu pelastik memeriksa keputusan atau mengagak tembakan mereka.
4. Hanya berlatih di kawasan lapang yang tiada pergerakan manusia, ini adalah untuk mengelakkan kemalangan 'salah menembak' serta gangguan bunyi semasa guli mengena sasaran (jangan melastik sehingga mengganggu ketenteraman jiran).
Lazimnya, kecederaan pada sukan lastik berlaku semasa:-
1. Tertembak kepala busur (fork hit) - guli lastik kena kepala busur lastik dan pantul balik serta-merta, khusus para 'beginner', pegangan 'tri-angle' (tangan depan, tangan memanah & mata tumpuan) atau cubitan guli pada kulit pelapik yang tidak seimbang. Ini akan menyebabkan pantulan bebola besi yang amat bahaya kerana terkena busur lastik. Ini juga mungkin berlaku pada "expert" sekiranya tidak menumpukan perhatian sepenuh semasa melastik. Kesalahan yang serupa ialah tertembak tangan sendiri.
Konsep & method meLastik memang macam memanah, tapi beza ketara ialah memanah mata anak panah di depan tangan anda, tapi lastik itu guli berlepas dari belakang tangan yg memegang lastik.
2. Rubber band putus, biasanya rubber band boleh tahan dilastik sebanyak 10 ke 600 kali bergantung kepada gaya pelastik, jenis bahan, jenama, ketebalan & batch pengeluaran. Sentiasa periksa rubber band sebelum bermula latihan, jangan sayangkan rubber band, tukar serta merta sekiranya menemui pecahan/retakan/koyakan ("tear") pada rubber band semasa pemeriksaan.
Minyak “Polydimethylsiloxane” khas boleh dipakai untuk menlanjutkan hayat rubber band, hanya menitis di bahagian rubber band paling tegang masa menarik, minyak tersebut akan meresap masuk ke dalam getah dan memanjangkan hayat penggunaannya.
Lastik yang berkualiti rendah atau memakai material yang tak sesuai, maka rubber band tidak dapat dikepit dengan ketat, atau memotong getah, atau skrew busur yang "loose" kerana mengunci secara memaksa, maka rubber band akan tercicir daripada kepitan busur semasa ditarik dan terkena muka pelastik.
3. Badan lastik (plastik, resin, zinc alloy atau kayu) yang pecah/retak semasa melastik. Semasa melastik, sebenarnya badan lastik akan mengalami daya bebanan tarikan & tahanan yang amat tinggi, lama-kelamaan badan logam (atau bukan logam) yang tak mampat akan mula retak. Peluh tangan yang berasid juga akan meresap ke dalam badan lastik yang diperbuat sepenuhnya dengan kayu dan menyebabkan ranting Y patah selepas menggunakannya melebihi satu jangka masa tertentu.
Biasanya kalau nak buat lastik kayu yang tahan, kena cari betul-betul kayu yang kuat, dan dendam dalam air untuk beberapa bulan supaya ianya menjadi "season". Bukan terus potong ranting pokok jambu batu & terus buat satu.
4. PANTULAN GULI LASTIK. Jarak di antara pelastik & paparan sasaran yang terlalu dekat. Sekiranya sasaran atau latar belakang sasaran adalah permukaan keras, ini akan membawa pantulan bebola besi yang amat bahaya. Itu sebab dinasihatkan bermain lastik di kawasan lapang, pinggir hutan, atau gantung kain tebal yang cukup besar di latar belakang sasaran selaku penebat guli lastik daripada melayang berselerak.
5. LETIH. Walaupun membuat latihan yang banyak akan memajukan kemahiran melastik anda, tetapi ramai pelastik akan mendapati selepas kapasiti melastik tertentu, ketepatan kena sasaran sebaliknya semakin merosot. Ini adalah kerana selepas masa melastik tertentu, keletihan pada mata & otot tangan akan mengurangkan daya tumpuan pelastik. Masa ini anda kena berhenti berlatih, kerana melastik dalam keadaan sebegitu mungkin akan membawa kepada kemalangan.
Nota: Sekiranya gambar yang saya pakai adalah hakcipta anda, sila kemukakan bukti melalui emel saya, saya akan bertindak & memadamnya daripada laman web saya.
Tamat bab ini. Balik ke BAB 10 @ Home.