Sunday, 13 September 2020

4. Memilih Lastik & Rubber Band yang sesuai untuk anda

 

Sebelum bermula bab ini, kena ditegaskan bahawa KETEPATAN MELASTIK BERGANTUNG KEPADA KEMAHIRAN ("SKILL") PELASTIK, BUKAN ALAT LASTIK SEPENUHNYA.  

Alat lastik yang mahal (atau terlalu rumit) tidak menjamin ketepatan skill lastik anda, anda tetap memerlukan kemahiran asas untuk mengendalikannya.  Tetapi alat lastik yang berkualiti adalah lebih selamat dipakai, dan boleh membawa kepuasan & keselesaan pada pelastik.

Umpama naik kereta KL-HAADYAI, Kancil pun tetap sampai, tapi naik Merz pasti lagi selesa & selamat.


Lastik moden mempunyai jenis & ciri-ciri tertentu.

Jenis Lastik Moden:

One Grab @ One Grip @ One Hold @ Hammer Grip @ Cylindrical Grip

Sekiranya nak lagi terperinci, One Grab boleh bahagi kepada dua jenis:

a.  Full Grab 一把抓 - tapak tangan memegang pemegang lastik secara gengaman penuh.

b.  One Grab with Gripping 锁喉 - ‘purlicue’(bahagian lengkung di antara ibu jari dan jari telunjuk) mengelilingan pemegang lastik secara cekak / cekik --> seperti gambar di atas.


Finger press @ finger push @ finger hold @ Thumb Press @ Pitch Grip @ Spherical Grip - macam cara memegang bola tennis semasa buat serve.

Ini betul-betul "thumb press" 指推 / 推打.

Ini cara 'cekik/ picit' menahan pada kepala busur (tips) 掐打.

 

Frameless @ Tanpa Rangka (gaya miriki kepada Finger Press)

Ada juga yang mengkategorikan lastik kepada OTT (over the top), TTF (through the fork), dan sebagainya.  Tapi tak kira apapun jenis sebutan, bentuk Y lastik tak akan berubah, walaupun ada juga yang berbentu V, U, T atau I.

Maka secara kasar kategori lastik ialah kombinasi:-

One Grab / Finger Press x OTT / TTF


Secara peribadi, penulis lebih mementingkan cara pegangan sebagai membezakan kategori sesuatu lastik.


Video Updates (20230406)

1a.  Pegangan gaya "Cekik Tekak" (genggam penuh, tetapi ibu jari & jari telunjuk macam cekik tekak)

1b.  Pegangan gaya "Cengkaman Penuh" @ Full Grip / Hammer Grip (tangan jadi macam penumbuk, cara genggam tukul)


 2a.  Pegangan gaya "Tolakan Ibu Jari" (ibu jari menolak busur lastik ke depan, sempena getah tarik ke belakang, membentuk satu posisi pelancaran).  Sesuai 'quick aiming', tapi mungkin cepat lecu jika byk das.

 

2b.  Pegangan gaya "Tolakan Jengkal Telunjuk" (merupakan perubahan kpd gaya tolakan ibu jari, tapi jengkal telunjuk yg jadi perantaraan utama).


***Di sini bukan membincang gaya-gaya mana yang baik atau buruk, tetapi cari yang paling sesuai dengan diri, tujuan penggunaan serta memadan kepada rekabentuk lastik anda.

 


Apa beza yang paling ketara antara OTT vs TTF?

* Cara ikatan getah TTF memang lebih saintifik.

* Pandangan titik bidik OTT 3/4, manakala TTF 1/2.  Maka dari aspek membidik OTT lagi luas.



Rubber Band (sebenarnya memainkan peranan lagi penting daripada alat lastik):

Flat Rubber Band @ FLATBAND (gambar bawah, kanan) - lebih lembut ditarik, ketepatan yang lebih tinggi

Round Tube @ Rubber Band @ tuib getah @ TUBEBAND (gambar bawah, kiri) - mempunyai kuasa tembus yang lebih kuat berbanding dengan flat rubber band, tetapi perlu tenaga yang lebih untuk menariknya.  Sangat sesuai 'outdoor' sebab penggunaannya tidak akan diganggu oleh arus angin.




MEMILIH LASTIK

LIMA Kritiria Asas Pembelian (yang tabiat pemilihan biasa, tetapi juga yang biasa mendorong kepada membeli yang tidak sesuai):

1.  Kukuh @ "solid" - keselamatan diUTAMAkan, jangan beli sesuatu yang tidak tahan atau disyaki tidak tahan (kecuali faktor "terpaksa oleh bajet").

2.  Sedap @ selesa gengaman - ini sukar, sebab anda tidak mungkin 'rasa' sepenuhnya melalui bacaan speksifikasi (tapi sekurangnya anda mesti baca spesifikasi, contoh beratnya, cari sesuatu yang sama berat, archah2 untuk imaginasai barang sebenar).  Atau tanya yang betul betul berpengalaman, pernah pakai.

3.  Rekabentuk yang logik - contohnya keserongan kepala busur yang tidak makan getah, leher pemegang yang kukuh, dsbnya.  Jangan juga pilih rekabentuk yang terlalu "fancy" dan tidak praktikal (kecuali untuk yang poket tebal atau niat untuk koleksi).

Beginner juga dinasihatkan JANGAN membeli lastik dengan "shooting gap" yang terlalu sempit & bucu kepala busur yang terlalu rendah/cetek, baca spesifikasi/parameter sesuatu lastik sebelum membeli.  Kan ada sesuatu benda namanya 'pembaris'?  ikut spesifikasi & lukis atas kertas untuk mengagak saiz sebenarnya.

4.  Memenuhi bajet

5.   Menepati mata hati / Citarasa - kalau tak berkenan, maka kemungkinan besar akan menolaknya dalam hati, maka memakainya juga tidak gembira (tapi ada juga yg lepas pakai baru sedari kebaikan, itu lebih bagus drp mata berkenan, tapi pakai tak sedap, tapi pasal nak jaga air muka, masih degil kata puashati~~~~  --> padahal dlm hati berdarah~~~).  Tapi ini FAKTOR yang paling tidak penting.

 

Do not select those fancy & frills slingshot.

Jangan pilih lastik yang rekabentuknya embel-embel, itu biasa tengok syiok mata shj, tapi tidak praktikal langsung.

 

Video di atas lastik yang dipakai ialah kepala busur stainless steel 304.  Itu sebab kenapa perlu pilih satu lastik yang kukuh dan selamat dipakai.


NASIHAT UNTUK PARA PEMULA (BEGINNER):

Beli satu lastik yang jenis 'one grab' sebab selesa digengam (beli yang mahal sedikit sekiranya anda yakin hobi ini akan berterusan, hanya beli jenis yang bajet jika anda hanya nak mencuba rasa) sebab ia akan memudahkan anda belajar memakainya.




FAHAM LEBIH LANJUT - Lain-lain - Ukuran Lastik:

Kategori:  untuk Beginner / Advance / Expert

Ketinggian Lastik:

Ketinggian busur:  tidak kurang daripada 20mm, yang terlalu rendah, rubber band pasti akan libas tangan; yang terlalu tinggi, gegaran tangan akan membawa kepada titik bidik yang tak stabil

Kelebaran busur (luar):  biasa ada yang tertulis 8020, 8422, 9025, 10040 dsbnya.


Kelebaran busur (width) yang berlainan akan menentukan titik bidik anda, serta kelebaran getah yang sesuai dipakai.

Kelebaran busur (dalaman) aka "shooting gap": 40-45mm adalah standard yang selamat, lagi sempit kena tarik getah lagi panjang baru dapat menepati sasaran.

Kelebaran kepala busur:  biasanya 17/19/20/22/25/30/40mm.

Kelebaran busur: yang 9025, dalam jarak 10m, sepatutnya pinggir atas busur akan tepat pada sasaran (rujuk bab Cara membidik).

Kelebaran cengkaman: mesti pilih yang paling selesa, tiada kuasa paksaan semasa memegang

Ketebalan busur:

Ketebalan cengkaman:  Biasanya yang lagi luas, berbentuk separa bulat adalah paling selesa dipegang

Jenis ikatan getah lastik:  Tekanan pintas @ quick press / Ikatan manual / Sumbatan bebola besi / ikatan benang / dsb

Berat bersih:  Ada yang suka lastik "full stainless steel", tetapi beratnya 350-450g akan lengohkan tangan anda, lalu gigil tak dapat membidik dengan stabil.  Juga payah di bawa sana sini sbb hampir setengah kilo.

Material: Titanium Aloy TC21 / Stainless steel 440C / Stainless steel 304 / Kayu / Polycarbonate (@ PC) / ABS or Acrylonitrile butadiene styrene (= plastic) / resin

Alat bidik @ "aiming sight": bagi expert, alat bidik tidak penting, boleh ditanggalkan sebab ganggu fokus pandangan.  Tetapi sesuai untuk "beginner" dalam 'mengagak jarak vs ketinggian titik bidik'.

Harga:  ikut poket anda, tapi pilih yang selesa & selamat.

 


*****BERAT LASTIK & KESELESAAN CENGKAMAN TANGAN, GENGAMAN MESTI PADAT/PADU***** adalah faktor yang paling penting dalam membuat pemilihan lastik yang paling sesuai dengan diri sendiri, bukan semata-mata nampak design yang 'ngam' atau canggih di mata sendiri, tetapi aspek ini agak payah sebab biasa anda hanya boleh membeli lastik moden secara "online", tidak ada kedai fizikal, maka anda tak dak "chance" untuk pegang & "compare" jenis-jenis lastik yang berlainan.  Kecuali anda pandai atau boleh DIY.

Dalam perjalanan mencari "truth love", mungkin kocek dah berlubang.  :)  Tapi tak pa, jika anda sudah beli, sayang & hormatkannya, semua lastik berkualiti tetap sesuai dipakai.

Pengalaman peribadi:  rekabentuk lastik moden yang terkini, khususnya yang cengkamannya 'separa cembung' ("chamfer grip" @ "symmetrical sloping edge on grip" @ "reversed semi circle contour grip" @ Recurved Contour Design) adalah paling sedap dipegang, anda tidak akan rasa rahang di antara ibu jari & jari telunjuk (bahagian mat salleh panggil "purlicue") rasa sakit semasa pegang/cengkam alat lastik dengan kuat.

Secara peribadi, penulis juga tidak minat lastik moden yang rekabentuk terlalu “fancy” sebab melastik adalah untuk melatih kemahiran, dengan bantuan peralatan saintifik yang terlalu banyak, maka hilanglah makna untuk berlatih.  Maka kepuasan sebenar tidak tercapai, akhirnya jadi hangat-hangat tahi ayam saja.

Adalah dimaklumkan bahawa 'lastik bergerak 360 degree' ("360 Degree Rotate Tilt"), 'alat tambahan sokongan pada lengan' & 'alat bidik laser' adalah tidak dibenarkan dalam mana-mana pertandingan lastik.


Tentang Alat Bidik ("aiming sight"):

Jenis-jenis "aiming sight", tapi yang expert biasanya tak pakai, atau hanya pakai yang "single line".

Kebanyakan alat membidik lebih kepada gimik ("gimmick") untuk menarik yang belum betul-betul pakai lastik.  Macam alat membidik 'laser', siang hari anda nak cari mana titik laser merah itu pun susah, apatah lagi nak melastik?  kecuali anda membeli 'laser hijau' yang betul-betul "professional", sianghari sampai 50-70 meter titik hijau itu masih jelas kelihatan.  Jangan terpengaruh & tersilap faham dgn movie 'sniper', itu ada pakai teropong, serta ada pembantu agak jarak/angin.

Sebab-sebab tidak galak pakai alat bidik:

a.  Mungkin tertembak alat bidik, serpihannya bahaya.

b.  Alat bidik mungkin 'memotong' atau 'melubangkan' getah yang menghayun keluar & masuk.

c.  "Simple is perfect' - bila samapi tahap tertentu, anda memang tidak memerlukannya.



Tentang Meterial / Bahan Lastik:

Yang buatan daripada kayu itu ringan, sedap & selesa dipegang, "natural hold", tidak menjadi sejuk semasa cuaca sejuk.  Tetapi manja, perlu "maintenance" seperti kadang-kala kena sapu dengan "bee wax" atau minyak tertentu (spt minyak zaitun), kalau tidak mungkin akan retak.  Lastik kayu juga pantang letak di bawah penghawa dingin, mahupun dalam kereta yang parkir di bawah matahari panas terik.

Lastik buatan bahan ABS, Poly atau resin, tahan hentakan, tidak mudah calar & sukar pecah.  Tapi tempat gigitan getah mudah jadi licin, bahaya sekiranya rubber band tercicir, akan libas muka/mata.  Jika pilih yang jenis ini, pastikan ia mempunyai bahagian gigitan yang lebih luas.

"Stainless steel 304", tahan karat, tapi yang "full stainless steel" amat berat.  Tapi sesuai dengan orang yang tangannya kuat.  SS304 tetap berlubang sekiranya anda pakai guli besi dan 'tertembak kepala busur'.  SS304 bahan lazim dalam membuat bekas grade makanan / perubatan.

"Stainless steel 440C" lebih keras daripada SS304, tapi lebih senang berkarat, SS440C akan tertarik kuat kepada magnet.  Biasanya SS440C adalah bahan asal untuk membuat pisau keluli.

Titanium Alloy TC21 (Ti-6Al-2Zr-2Sn-2Mo-1.5Cr-2Nb), keras, ringan, tahan karat, tidak tertarik kepada magnet, tetapi bahan mahal, kerja membentuknya juga mahal kerana sukar digasak.  TC21 ialah bahan untuk membuat rangka kapalterbang, seperti sayap & rangka sokongan roda yang selalunya kena tahan tekanan yang kuat.

Kepadatan jisim titanium >< 4.5g/cm3, iaitu 60% kepada keluli.

Avation Aluminium, jenis aluminium yang lebih kuat, juga merupakan bahan biasa dalam pembinaan kapalterbang sebab kuat & ringan.  Tidak tertarik kepada magnet.


Kekerasan: SS440C >= Ti TC21 > SS304 > Aluminium
Tahan karat: SS304 > =Ti TC21 > Aluminium > SS440C

*Nota:  kadang-kala guli besi / keluli yang anda beli tercampur dengan guli besi yang pernah melalui "heat treatment", guli macam ini memang lebih keras, kalau terhantam Alat Lastik Berbusur Stainless Steel 440C mahupun Titanium TC21, ia mungkin akan meninggalkan kesan hentakan juga.

Maka pilihlah kombinasi yang paling sesuai dengan anda.


NOTA PENTING:  

Walaupun TC21 & SS440C amat keras, tetapi tetap calar sekiranya anda menjatuhkannya ke permukaan jalan yang berbatu/berpasir, itu sebab digalakkan pakai "lanyard".  

Masa memasang rubber band ke lastik jenis "quick press", anda juga kena pasti hanya kunci sampai "sekadar ketat/mampat" sahaja, kalau skru dipulas terlalu kuat, rubber band mungkin cepat pecah kat tempat gigitan, ATAUPUN kawat lubang skru akan menjadi "loose" (gigi skru haus).

(lanjutan sila rujuk Bab 9, Q&A 18)


Bagaimana menentukan kepanjangan Rubber Band yang sesuai untuk anda?

Lazimnya, tarikan elastik rubber band adalah 4.5 sehingga 6 kali ganda daripada kepanjangan asalnya.

Lagi nipis satu-satu getah, ratio tarikan makin tinggi, mungkin 1:6.5, yang terlalu tebal walaupun lebih berdaya, tapi ratio tarikan biasa 4-5 sahaja.

Gaya atau cara tarikan rubber band semasa melastik pula terbahagi kepda:

1.  Tarikan pendek - titik permulaan (aka "anchor point") di pipi pelastik, atau di depan muka pelastik


2.  Tarikan medium - titik permulaan berlepasi kepala pelastik

3.  Tarikan panjang - titik permulaan berlepasi bahu pelastik

 

Maka dalam pose melastik, ukur panjang daripada busur lastik ke titik permulaan anda, bahagikan dengan 4 atau 3.5 (tidak galak bahagi dengan 5, sebab lagi maximum anda tarik lastik, hayat rubber band akan semakin pendek), itu adalah panjang rubber band yang sesuai untuk anda.  Tetapi ada juga pengecualian, ada yang hanya membuat tarikan 3 kali ganda panjang, ini mengikut kesesuaian pelastik secara peribadi.

Dalam pemilihan ketebalan rubber band, rubber band yang tipis seperti 0.4mm atau 0.5mm memang sedap ditarik, tidak penat ditarik, tetapi disebabkan nipis, kuasa lebih rendah & hayat rubber band adalah pendek.  Maka untuk pemula biasa digalakakan pakai getah yang nipis (walaupun mudah putus), kerana ketepatn lebih penting.

Rubber band yang melebihi 1.0mm hanya sesuai untuk orang yang tangannya kuat, rubber band tebal memang 'powerful'.  Tetapi perlu memilih lastik yang mempunyai busur lastik yang lebih lebar seperti 25mm atau 30mm, pakai "Dual Secrews" sistem, baru sesuai untuk mengepit rubber band yang tebal.


Secara ringkas, rubber band yang nipis selain daripada untuk yang tangan tak cukup kuat, juga untuk pelastik yang suka pakai tembakan secara mengira sudut lontaran.  Macam lontar lembing jarak jauh, lembing melunsur keluar bukan secara terus, tetapi mengikut sudut lontaran / balingan lalu baru mengena sasaran.

Keserongan potongan tepian rubber band (taper @ tirus) yang biasa dan standard di pakai ialah 2012, iaitu 20mm lebar di bahagain yang dipasang di busur, 12mm lebar di kain penyepit / kulit pelapik.

 

Penghasil rubber band telah mengemukakan rujukan pemakaian ketebalan & kepanjangan rubber band:-


 (Carta pemilihan untuk yang pakai FLAT BAND; bacaan untk rujukan sahaja, bukan muktamad, kena ikut keselesaan individu juga sebab panjang tangan bagi setiap orang adalah berlainan)

Bagi para beginner yang memilih flatband, beli saja getah yang siap ikat (cuba lain-lain ketebalan & jenama), biasa piawaian 20-12-250, anda hanya perlu kerat pendek untuk mendapat kepanjangan yang selesa & bersesuaian.  Sebelum anda buat keputusan untuk memotong dan membuat set getah sendiri, tidak digalakkan terlalu awal membeli set alat pemotongan dan getah, sebab anda masih di peringkat 'cari & menyesuaikan', anda masih tidak tahu apa ketebalan yang sesuai dengan anda, dengan pakai 'agak shj', anda mungkin akan terkongkong kepada ketebalan getah gulung yang sudah dibeli.

 

 

(Carta pemilihan untuk yang pakai TUBE BAND; bacaan untk rujukan sahaja, bukan muktamad, kena ikut keselesaan individu juga)

 

Kenapa tubeband merupa pilihan utaman semasa main outdoor?


(*** Beginner tidak digalakkan bermula dengan tubeband)

 

 

 

Ikatan pada Kulit Pelapik

1.  Ikatan W @ M - lebih tepat & lebih senang membidik kerana pelarasan rubber band senang.  Kenapa W atau M? masa pasang rubber band pada busur, ada yang suka kedua-dua V (lengkung ikatan ada kulit pelapik) menghala ke atas, ada yang suka halanya ke bawah, dua-dua boleh, tak salah, ikut keselesaan anda.  Tapi lebih galak pakai cara W (double V ke atas).

2.  Ikatan songsang - pelastik perlu 'twist' sikit cubitan pada kulit pelapik untuk mendapat rubber band atas-bawah yang lebih selaras. Kalau anda tengok movie "The War of Arrows", si hero pun "twist" tali semasa memanah.  :)  Tapi pasal kena "twist", hayat rubber band mungkin pendek sikit, cepat koyak kat tempat ikat kulit pelapik.

Atau kita tengok daripada sudut berlainan:


Ikatan pula ada dua jenis yang asas, Triple Folds & Double Folds:


Tak kira anda beli jenis ikatan apa, tetap boleh guna, ia lebih kepada pelastik menyesuaikan diri dengan ikatan yang berlainan.  Contohnya, ikatan "double folds" songsang, anda perlu "twist' cubitan kulit pelapik untuk melaraskan rubber band.

Maka, mungkin anda perlu DIY rubber band untuk kepuasan diri.   :)



KESIMPULAN

Pemilihan lastik & rubber band bergantung kepada keselesaan pelastik sendiri, tapi alat lastik beli sekali mungkin tahan seunur hidup, rubber band pula "consumable".

Selepas pakai rubber band melebihi 200-300 das, sekiranya anda rasa tiba-tiba hilang ketepatan, peluru melayang, ini mungkin disebabkan ketegangan rubber band sudah mulai longgar atau kendur, tukar rubber band yang baru serta merta.

Kalau boleh, selepas tukar rubber band baru, mulai sesuaikan diri dengan mudball sebelum pakai guli besi.

Jikalau anda tukar jenis rubber band yang berlainan, ketebalan yang berlainan, potongan serong ("taper cutting") yang berlainan, kepanjangan yang berlainan, maka titik bidik & pegangan anda mungkin perlu adjust untuk mendapat semula ketepatan.



Lain-lain tentang rubber band

Rubber band “dual speed” - getah dipotong dalam bentuk roket, ini akan menghasilkan 'dual speed' semasa guli lastik dilepaskan.

 

 

Rubber band "dual layers"


Titis minyak "dimethicone" pada bahagian rubber band yang paling tegang semasa ditarik, ini akan memanjangkan hayat kegunaannya.


Jenis-jenis Kulit Pelapik - akan dikemaskini



Nota:  Sekiranya gambar yang saya pakai adalah hakcipta anda, sila kemukakan bukti melalui emel saya, saya akan bertindak & memadamnya daripada laman web saya.

Tamat bab ini. Balik ke BAB 10 @ Home.

10. Kepada yang baru nak belajar lastik & para "beginner" lastik

SILA LAYAR BLOG SAYA DENGAN KOMPUTER (LAYAR SKRIN BESAR) AGAR TIADA MESEJ YANG TERTINGGAL SEMASA MEMBACA. SKRIN TELEFON BIMBIT TERLALU KEC...