Gaya membidik dalam lastik secara kasar ada dua jenis:
1. Melastik secara agak / anggaran / ikut naluri @ hati - pelastik akan melepaskan tembakan dengan 'ikut hati' (ikut pengalaman) tanpa membidik, sesuai untuk reaksi tembakan yang pantas & bertubi-tubi, tetapi ketepatan pada sasaran adalah lebih rendah berbanding dengan cara membidik. Dan hanya sesuai untuk jarak dekat.
2. Melastik secara membidik - mematuhi kehendak-kehendak posisi tertentu, dan lebih saintifik.
Dalam bab ini, kita hanya tumpu kepada kaedah kedua. Setelah anda sudah mahir dalam cara membidik, tersendirinya anda akan mulai dapat melastik secara anggaran.
Bidik aka "aiming"
Seperti garis landasan peluru pistol atau senapang, mahupun memanah, guli lastik yang dilepaskan adalah dalam garisan lontaran melayang / melengkung ke atas ("floating up"). Lagi ringan guli lastik (seperti mudball) yang dipakai, ia akan terapong lagi tinggi, manakala jika guli besi yang dipakai maka titik membidik perlu direndahkan sedikit sebab ia tidak sebegitu melayang seperti mudball.
Seperti tembakan meriam, pelastik yang mahir biasanya melakukan tembakan pertama yang sebenarnya adalah tembakan percubaan bagi mengenalpasti jarak & titik bidik yang paling sesuai (termasuk baca angin).
Maka di jarak dekat (dalam 10m), titik bidik ("aiming point") anda adalah di bawah sasaran, bergantung kepada 'pose' anda, kelebaran luar busur lastik yang dipakai serta ketegangan rubber band yang dipakai. Manakala semakin jauh sasaran, titik bidik perlu dinaikkan dari aras sasaran.
Gambar di atas adalah untuk rujukan sahaja, setiap individu akan berlainan sedikit (faktor mata pandangan, sudut, jarak tarikan rubber band, kepanjangan getah, ketebalan getah dan sebagainya). Cara yang paling mudah ialah tandakan satu spot setinggi aras mata anda di atas dinding (atau atas tiang tegak), anjak kebelakang 5 meter, membidik tanda tersubut & melepaskan satu guli tanah. Guli tanah akan meninggalkan kesan tembakan, ini akan membantu anda mengagak & mengetahui di mana sepatunya anda membidik.
Atau cari satu tiang lampu, tandakan aras mata.
Lepas itu anjak ke belakang 5 meter, tarik rubber band, rubber band atas bawah mesti selaras bertindih, dan juga selaras kepada tiang lampu. Lepaskan satu guli tanah, maka anda akan tahu titik bidik anda untuk jarak 5 meter (jangan tembak guli besi, nanti masuk lokap sebab merosakkan harta benda awam; atau masuk hospital pasal lantunan guli besi), begitu juga dengan jarak 10 meter dan sebagainya.Cara di atas merupakan 'pelarasan tembakan' ("zero-ing"), sangat sesuai dibuat setiap kali sebelum mulai latihan, selepas tukar rubber band baru atau tukar penggunaan lastik yang lain.
Haluan angin dan cuaca panas semasa melastik juga akan mengganggu cara membidik anda. Contohnya jika angin kuat dari sebelah kanan anda, anda perlu membidik ke kanan sedikit sebab angin akan membawa guli lastik ke sebelah kiri (tapi kalau rubber band dah terlalu "getar" kena angin, jangan melastik, pasti serong).
Para pelastik mempunyai gaya masing-masing, habit tertentu akan membawa kepada tumpuan tembakan pada bahagian tertentu, seperti selalu tumpu pada bahagian kiri-bawah. Ini perlu diperbetulkan melalui latihan yang banyak.
Tentang alat bidik ("aiming sight")?
Alat membidik buat seketika muncul dalam pelbagai "design" yang berlainan, dari 5 titik membidik ke 6 titik membidik, dari satu titik 'fibre aim" kepada "line fibre aim", dari yang biasa satu titik kepada "sniper aim" (beberapa titik bidik pangkah X atau + yang bertindih untuk mendapatkan pelarasan mata yang tepat), yang hanya anjak "atas-bawah" menjadi "atas-bawah-kiri-kanan", malahan muncul juga alat bidik "laser light point" (tidak practikal kerana pada siang hari mata kasar kita hanya dapat nampak titik merah "laser" pada jarak yang amat terhad; hanya "green laser light" sesuai untuk samada digunakan pada siang hari dan malam, tetapi masalah masih timbul kerana bukan senang nak cari di mana titik "laser" sebelum mula membidik, ianya semata-mata gimik pengeluar lastik).
Untuk mereka yang sudah lama bermain lastik, alat membidik yang terlalu "complicated" hanya akan menghalang pandangan pelastik. Maka yang terkini kembali kepada formula mudah ("simple"), iaitu samada tiada alat membidik, atau alat membidik 'satu garisan' sahaja.
Maka, cabut 'alat bidik' pakai 'titik pembidikan bayangan (khayalan)' dengan penjuru atas kepala busur, itu baru 'pro'.
Catatan: Titik bidik bayangan & titik bidik fizikal
Titik bidik fizikal - dengan bantuan alat membidik, mana anda bidik itulah titik jatuhan guli,
Titik bidik bayangan - hanya dengan mengagak jarak di antara penjuru atas lastik dengan titik sasaran, membuat perlepasan guli ke titik yang tepat. Anda disyorkan belajar tanpa alat bidik.
Pelarasan rubber band
Tarik 'flat rubber band' dan pastikan 'band atas & bawah' 'bertindih terus' (selaras / selari) dalam pandangan mata anda. penjuru 'busur atas' lastik 'menjunjung' sasaran anda. Lepaskan guli lastik (bukan sengaja melepas, tetapi bila rasa masa sesuai, otot jari relax sedikit dan biarkan guli lastik terlepas). Itu saja, tiada petua khas, macam senang tetapi susah nak dapat ketepatan.
Lastik memang senang dibelajari tetapi payah dikuasai.
Para "beginner" biasanya perlu latihan yang melebihi 5,000 das tembakan baru dapat mula menguasai teknik asas.
Membidik ke sasaran atas atau bawah
Cara membidik masih sama seperti disebut di atas, pelastik hanya perlu anjak (mengangkat atau membengkok) pinggang supaya titik bidik bertindih dengan sasaran.
Kombinasi Bab 5 & 6, anda sudah boleh melepaskan/lastikkan tembkan anda dengan asas yang betul.........
Pegangan lastik, tangan depan & tangan belakang di posisi yang betul, titik permulaan yang sentiasa tetap pada pipi, tarikan rubber band yang selaras, bila anda sudah dapat mencari 'titik bidik' yang betul, pasti tak jauh daripada kena tepat sasaran. :)
Tambahan:-
Satu video 3D berputar yg amat berguna untuk anda memahamai apa itu "tiga titik selaras" (tangan belakang - titik bidik di kepala busur - titik target) serta 'kepentingan tangan yang memecit guli':-
Nota: Sekiranya gambar yang saya pakai adalah hakcipta anda, sila kemukakan bukti melalui emel saya, saya akan bertindak & memadamnya daripada laman web saya.
Tamat bab ini. Balik ke BAB 10 @ Home.