Sunday 13 September 2020

2. Pengenalan kepada Lastik Moden

 Lastik ala sukan menembak yang lain seperti senapang, pistol, dart & memanah.  Sifat sukan-sukan ini mempunyai ciri-ciri yang mirik, seperti pegangan yang mantap & stabil, mata pandangan yang tepat, pernafasan & ketabahan fikiran yang tenang & masa ("timing") perlepasan yang betul.


Lastik kampong --> biasanya DIY daripada ranting pokok, mengguna tube getah tayar basikal atau gelang getah sebagai rubber band, batu kecil atau bijian buah sebagai batu penembak.  Merupakan aktiviti budak dulu-dulu, khususnya budak lelaki, lepas balik sekolah terus masuk hutan semata-mata nak lastik burung atau tupai.


Lastik Kertas --> pernah popular di bilik darjah seketika dulu, dengan gelang getah ikat rambut dan lipatan kertas, satu lastik yang mudah terjadi.  Kepada peminat lastik yang masih berusia muda, boleh bermula praktik dengan lastik kertas.  Walau bagaimanapun, keselamatan masih perlu sentiasa diutamakan.


 

Lastik moden --> lastik yang direka khas secara sainstifik, dibuat di kilang khas dengan mesin moden yang canggih dan jitu, penggunaan bahan lastik yang juga semakin canggih selain daripada kayu, plastik, resin dan ABS, tetapi memakai zinc alloy, aluminium alloy, stainless steel (304 & 440C), mahupun titanium alloy (TC21) yang khusus sebagai bahan membuat bahagian rangka kapalterbang.  Penggunaan flat rubber band (band getah leper) yang berkualiti tinggi juga meningkatkan ketepatan mengenakan sasaran.

Secara kasar, bukan semua lastik moden itu 'competitive slingshot', hanya lastik tanpa bantuan saintifik dibenarkan dalam pertandingan.

(Gambar untuk tujuan tunjuk contoh sahaja, buka simbol lastik moden yang lazim)


Dengan ketiadaan 'daya tendang balas' (kick back) berbanding dengan senjata api seperti pistol & senapang (rifle), dalam jarak dekat (10 ke 50 meter), lastik moden mampu menunjukkan ketepatan yang menakjubkan.
 

Walaubagaimanapun, ketepatan lastik masih adalah bergantung kepada kaedah latihan yang betul, sistematik dan usaha gigih tekun, serta kesesuaian jenis rubber band yang dipakai.  Jenis lastik yang dipakai hanyalah menjamin keselesaan tangan & keselamatan anda.


Lastik moden amat poplar di Tanah Besar China sejak tahun 1990an, tapi menjadi hangat dalam sepuluh tahun kebelakangan ini, peminat lastik di negara tersebut dianggar mencecah 70 juta orang.  Pertanding lastik secara rasmi juga kerap diadakan di bahagian daerah.  Lastik moden di Amerika Syarikat pula mengamalkan doktrin yang berbeza dengan lastik di Negara China, lebih peribadi tetapi juga amat giat maju.

 

Chen Ce, bekas penembak senapang bagi Negara China, juga seorang peminat lastik, kini CEO kepada QICE SPORTS yang merupakan salah satu penghasil dan pengedar lastik yang dominen di Negara China.  Chen telah mengarang sebuah buku panduan khas untuk lastik moden, "China Slingshot Sports Practical Guide".



ChenCe menunjukkan kehebatan beliau (JANGAN MENIRU, Chen Ce bukan saja pelastik, tetapi bekas penembak senapang wakil negara China, latihan menembak yang beliau pernah melalui telah membentuk keyakinan & pegangan tangan yang muktamad; bukan dibentuk dalam masa yang pendek).


Tokoh lastik yang paling terkenal, yang dianggap lagenda lastik di China ialah seorang petani yang bernama Deng FeiHu (邓飞虎), rekabentuk lastik yang dipakainya dinamakan sempena nama beliau, anda boleh cari video aksi beliau di Youtube, copy & paste nama dia 邓飞虎.

 

Tahun 2018, Kejuaraan Lastik Sedunia pertama kali diadakan di Itali, dan pasukan dari China telah merangkupi kemenangan besar.

 

International Slingshot Invitation Competition di Shanghai:


 

Nota:  Sekiranya gambar yang saya pakai adalah hakcipta anda, sila kemukakan bukti melalui emel saya, saya akan bertindak & memadamnya daripada laman web saya.

Tamat bab ini. Balik ke BAB 10 @ Home.

10. Kepada yang baru nak belajar lastik & para "beginner" lastik

SILA LAYAR BLOG SAYA DENGAN KOMPUTER (LAYAR SKRIN BESAR) AGAR TIADA MESEJ YANG TERTINGGAL SEMASA MEMBACA. SKRIN TELEFON BIMBIT TERLALU KEC...