LAPANG SASAR
Lapang sasar yang paling sesuai ialah pinggir hutan.
Kalau tak dapat kemudahan sebegitu berdekatan tempat anda, cari lorong yang terpencil juga baik.
Kalau ingin berlatih lastik di rumah, bilik mesti sekurang-kurang ada 5 meter panjang, dalam bilik tiada cermin atau kaca yang mudah pecah, dan anda perlu beli KARUNG SASAR, dan PAKAI EYEWARE semasa berlatih. Sekiranya boleh, cari kain yang tebal & besar bergantung di latar sasaran lagi bagus.
Walaubagaimanapun, "beginner" memang TAK DIGALAK berlatih di dalam rumah.
LOKET SASARAN
1. Tuib PE-RT
Yang paling bagus ialah 'paip/tuib PE-RT' ("PERT pipe is Polyethylene of Raised Temperature resistance").
Kebaikan:
a. murah & tahan (loket sasar memang objek "consumables", maka harga yang murah memang penting)
b. tidak melantun sebab ringan, terus hanyun bila kena tembakan.
Keburukan:
a. susah cari yang berwarna CERAH, paip PE tempatan biasanya warna hitam atau biru tua.
2. Keluli tahan karat ("stainless steel")
Kebaikan:
a. Bunyi nyaring semasa kena guli lastik.
Keburukan:
a. Melantun dengan kuat, BAHAYA (hanya sesuai digunakan semasa berlatih di tempat lapang berjarak jauh seperti pinggir hutan, bunyi hentakan memberitahu anda sudah kena sasaran, syiok!!!)
b. Cepat menjadi cekung, berlubang-lubang.
c. Merosakkan guli lastik (untuk yang nak 'kitar semula' pakai Karung Sasar, tak sesuai).
3. Microfiber (tulen & tiruan)
Paling sesuai digunakan dengan Karung Sasar, keadaan dalam bilik atau "outdoor". Tak bising.
Selamat. Tapi akan koyak selepas bilangan tembakan lastik tertentu (kalau tak koyak, menunjukkan skill anda perlu diperbaiki... kakaka....).
Ada yang putih saja ("plain"), ada yang 4 lapisan dengan bulatan merah di tengah.
4. Loket "Polyurethane" @ PU @ polymer (ada juga yang 'silikon')
Mesti ikat dengan tali lembut melintang, kalau ikat dawai besi akan sedikit melantun guli lastik, khususnya bila tembakan kena tepat sasar terus melantun balik.
Loket ini biasanya dua lapis, bunyi sedap bila kena tepat.
5. Loket titanium alloy
Mahal. Tak banyak tinggal kesan lubang tembakan berbanding dengan loket "stainless steel".
Tapi oleh kerana keras, guli besi akan kemek bila dilastik keatasnya, guli juga melantun / pantul kuat. Tak begitu sesuai diguna "indoor".
6. Loket bintang
Empat bulatan sasar, akan berguling selepas kena tembakan, pelastik perlu 'kejar' dan tukar "aiming" untuk teruskan tembakan selanjutnya. Hanya sesuai di tempat lapang.7. Loket kepingan kayu (DIY)
Kebaikan: murah, DIY=free, tak bising sangat semasa kena tembakan guli tanah atau guli besi.
8. Kertas sasaran
Anda boleh muat turun ("download"), cetak atas kertas A4 & kepit kat Karong Sasar, baik untuk mengenalpasti titik bidik anda.
Kertas sasaran 5 Spot, ini akan menjimatkan kertas dalam latihan, lebih das boleh dilepaskan, setiap dot sesuai untuk 3-10 das, kertas tidak koyak teruk sebab kita mula tembak tengah, lepas tu bawah kiri/kanan, baru atas kiri/kanan. Jangan tembak yang atas dulu sebab kertas akan hilang sokongan.
Maka pilihlah loket sasaran yang sesuai untuk anda secara bijak.
Atau DIY dengan penutup tin milo. :)
KARUNG SASAR
boleh dilipat semasa tidak dipakai.
Biasa dalam saiz 40x40cm & 30x30cm, ada juga yang 15x15cm.
Beli yang berkualiti, yang murah susah dilipat & cepat koyak. YRekabentuk yang bagus memang boleh "zero rebound" guli lastik. 40x40cm sesuai indoor & outdoor, 30x30cm dan 15x15cm hanya galak dipakai outdoor.
contoh: "Triple-tap" dengan kertas sasaran + karong sasar.
DIY
Karong Sasar kotak kayu DIY
Kotak kayu
Boleh di bawa ke "outdoor", dalam but kereta boleh simpan satu.
Selepas masa tertentu...... muka penuh bintik-bintik "chicken pock"...
Loket Keluli Tahan Karat DIY (saiz besar untuk jarak jauh)
Dilastik dengan "mudballs".
Selepas dilastik dengan guli besi.
Loket penutup milo
tapi cepat terkoyak walaupun pakai guli tanah 8mm sahaja.
Karong Bekas Cat dengan tingkap "auto close", bahagian dalam dilapis dengan jaring nyamuk besi selaku "catching net" bagi guli lastik.
Karong Botol Air (disimpan di lapang sasar, "water proof", tak perlu selalu di bawa ke sana sini)
9. Loket sasar kepala ayam
Yang berpengalaman menembak akan tahu, dulu kita menembak papan sasaran yang dilekat kertas gambar pengganas (berupa tubuh badan manusia). Tetapi kini gambar sasaran sedemikian tidak lagi digalakkan di sedunia, sebab cuba elakkan penembak berhati mengambil nyawa yang lain atau elak menggalak keganasan. Maka loket sasar sedemikian (kepala ayam) juga tidak digalakkan. Memburu untuk mengisi perut atau menghalau binatang perosak & memburu saja untuk kesukaan hati diri adalah dua hal yang berlainan.
Nota: Sekiranya gambar yang saya pakai adalah hakcipta anda, sila kemukakan bukti melalui emel saya, saya akan bertindak & memadamnya daripada laman web saya.
Tamat bab ini. Balik ke BAB 10 @ Home.