Dulu lastik kampong kita pakai batu kecil atau buah pohon tertentu, atau bijian buah pokok tertentu. Tapi dalam lastik moden mesti kita pakai sesuatu yang lebih stabil untuk dilastik, supaya keputusan adalah sentasa sama dan boleh dijangka. Batu kecil atau buah kecil mempunyai rupa permukaan yang tak rapi, ini akan menyukarkan latihan yang stabil.
1. "Steel ball" / bebola besi / bebola keluli
Kebaikan ialah sedap dilastik, tidak mudah melayang walaupun ada angin.
Keburukan: Bahaya jikalau melantun balik tertembak kepala busur, tertembak tangan. Mudah berkarat jikalau tak simpan dengan betul.
2. "Stainless steel ball" @ bebola keluli tahan karat
Mahal, tak dekat kepada magnet (tak boleh guna dengan cincin magnet), lembut berbanding besi / keluli. Tak sesuai untuk tujuan lastik.
Kelebihan hanya 'cantik' & tak karat.
3. "Galvanized steel balls"
Harga berpatutan berbanding kepada "stainless steel balls". Juga tahan karat, hanya akan karat sekiranya dibakar, didendam dalam air dalam masa yang panjang atau diguris sebab 'kulit salutan galvanized tahan karat' akan tanggal; akan menjadi warna kelabu hitam selepas lama pakai, tapi tetap tak karat. Tiang lampu Tenaga National jenis logam itulah "gavalnized steel".
Ada dua jenis, permukaan "polished @ shining @ glossy" dan permukaan kasar "matte". Biasanya yang "matte" lebih sedap dipegang (cubitan dalam pelapik kulit akan jadi lagi mantap). Tetapi dalam pertandingan, "galvanized glossy steel balls" yang digunakan.
Galvanized itu guli besi disaluti "zinc" secara reaksi kimia, tahan karat, tapi tetap akan karat sekiranya dibakar, diguris, digeser sebab salutan zinc akan tertanggal. Hayat tahan karat dijangka boleh tahan 50 sehingga 80 tahun. Maka sangat sesuai dipakai bersama karung sasar, sebab tak perlu risau guli akan berkarat dan tak sedap dicubit.
Untuk yang memakainya di "outdoor", boleh gantung kain langsir yang tak nak pakai lagi di belakang loket sasaran, selepas tembak pakai magnet untuk kutip semula. Ini amat menjimatkan & menjaga alam sekitar.
Cincin magnet tetap boleh melekatkan guli galvanized, tiada perbezaan berbanding kepada guli besi / keluli biasa. Dan biasanya untuk galvanized steel balls, kilang akan memakai guli Grade 1, maka beratnya, saiznya amat piawai. Lagi jitu & tepat dipakai.
4. Mudball @ guli tanah
Paling sesuai untuk latihan lastik sebab SELAMAT, lebih dari jarak 5 meter tembak kat cermin kereta pun hanya akan tinggal segelintir tanda abuk tanah (tetapi pada sudut tembakan tertentu, mungkin boleh pecahkan botol kaca). TIADA LANTUNAN / PANTULAN BALIK. "Environment friendly", tanah tetap kembali ke bumi.
Peninggalan tanda abuk tanah pada permukaan sasaran juga memudahkan anda mencari titik bidik yang betul.
Anda juga boleh berlatih dengan melastik ke dinding rumah, lukis satu bulatan kat dinding sebagaimana kertas sasaran (sekiranya emak atau bini awak tak bantah!!! ngek-ngek)
Kekurangannya ialah tak boleh "recycle" semula (kecuali tembak botol plastik minuman, ia mungkin "survive"). Masa hantar melalui pos/courier mungkin pecah. Pantang air. Sedikit bau tanah. Akan rasa macam basah sikit dipegang semasa cuaca musim hujan.
Mudball juga ada jenis yang tambah keras, tambah berat (supaya tidak melayang), tambah serbuk besi (supaya boleh pakai dengan cincin magnet).
AMARAN: walaupun mudball lebih selamat, tetapi tetap memudaratkan sekiranya terkena tisu lembut manusia, seperti mata.
5. "Clay balls" @ bebola tanah liat bakar
Macam bata merah tanah liat, tapi dalam bentuk bijian. Maka serpihan atau kecaian pecahan semasa kena permukaan keras juga agak bahaya sedikit.
Tapi tahan air.
6. Bebola Silikon (DIY)
Boleh DIY dengan silikon X'bond.
Sesuai dengan latihan indoor dengan karung sasar.
Tetapi membentuknya agak leceh, kena membulatkannya berkali-kali sebelum ia kering & menjadi keras, macam buat bebola / pil ubat tradisi.
7. Guli kaca @ "marble" - memakai guli kaca amat tidak sesuai untuk lastik, bukan saja tidak "environment friendly", sekiranya kena permukaan keras, serpihan pecahannya bukan saja bahaya, malahan tidak mungkin dapat dibersihkan dengan sepenuhnya.
8. Guli timah @ "lead ball" - kos mahal, hanya sesuai untuk memburu kerana 'keberatan'nya yang mampu K/O binatang dengan senang.
Nota: Sekiranya gambar yang saya pakai adalah hakcipta anda, sila kemukakan bukti melalui emel saya, saya akan bertindak & memadamnya daripada laman web saya.
Tamat bab ini. Balik ke BAB 10 @ Home.