Sunday, 13 September 2020

5. Cara / Latihan asas yang betul untuk meLastik

 

 Permulaan & Latihan Asas:

 1.  Menentukan "mata utama" anda.  Dua mata buka, tegakkan jari penunjuk pada satu sasaran tertentu, tutup salah satu mata secara bergiliran, mata yang pandang tepat pada sasaran yang sama ialah mata utama (mata dominen) anda.  Dengan mengesah mana 'mata utama' anda, ini akan menentukan tangan mana yang akan memegang lastik.  Jika mata utama ialah mata kanan, maka tangan kiri yang pegang lastik; atau sebaliknya.

Semasa melastik pada peringkat awal, buka mata utama, pejam mata bantuan.  Selepas sudah biasa, boleh cuba buka kedua-dua mata (ini akan memudahkan anda meninjau landasan penerbangan guli), tetapi ini terpulang kepada pelastik sendiri.


2.  Tangan depan yang memegang lastik, lastik mesti 90 darjah tegak sama bumi.  Cari satu pinggir dinding, tandakan ketinggian mata anda, pegang lastik secara melintang dan letak kedua-dua busur rapat (menolak / tekan) ke tanda tersebut.  Ini akan menolong anda memastikan lastik dalam keadaan 90 darjah tegak dari bumi.


 


3.  Menentukan "titik permulaan" ("anchor point") di pipi anda (tangan belakang), sentiasa kekal pada titik yang sama.  Ini akan memastikan lontaran ke sasaran yang sama semasa setiap kali melastik. 




4.  Membuat pose dengan gaya melastik di depan cermin, memastikan tarikan lastik menjadi tiga penjuru yang imbang.



5.  Cubitan atau pegangan guli lastik yang mantap & seimbang.  Ambil guli, muat ke kulit pelapik, acah macam nak melastik, lepas tu melenggangkan dan meletakkan pose anda, jatuhkan guli, tukar guli yang lain.... secara berulangan.  Sekiranya cubitan tak sedap atau tak seimbang, buat 'reload' semula. (Peringatan: jangan salah lepaskan guli lastik semasa melatih; atau berlatih di kawasan lapang yang sesuai).  Dalam melastik sebenar, jangan melepaskan tembakan sekiranya anda rasa cubitan anda tak betul, ini agak bahaya sebab guli laktik kemungkinan akan kena busur lastik.


6.  Cuba membuat pergerakan melastik di depan cermin berulang kali, sehingga anda mendapat rasa pergerakan yang selesa & tepat.  Anda juga boleh merakam video untuk mengimbas kembali pergerakan anda.

 

 

Semasa Latihan Sebenar

Selepas melepaskan guli lastik, sekiranya tepat sasaran, jangan segera terus relax & meletakkan tangan anda.  Biar pergerakan melepas guli lastik kekal @ beku beberapa saat supaya dapat menghayati dan membentuk 'muscle memory' yang betul.


Mula dengan jarak 5 meter, target sebesar penumbuk, target tinggi selaras kepada aras mata anda.  Pakai getah yang nipis dahulu.  Selepas ada kemajuan yang stabil, meningkatkan taraf kesukaran (samada tambah jarak atau kecilkan saiz target).



Latihan Bantuan / Jasmani Memanaskan Badan

Melastik perlu tangan yang kuat & stabil, pernafasan yang tenang.  Maka selalu membuat senaman jasmani seperti tekan tubi ("push up") & 'jogging' akan membantu anda dalam pencapaian lastik yang lebih maju.

Manakala 'panas badan' & "stretching" yang sesuai juga perlu diadakan sebelum bermula latihan.



 

 

 Nota:  Sekiranya gambar yang saya pakai adalah hakcipta anda, sila kemukakan bukti melalui emel saya, saya akan bertindak & memadamnya daripada laman web saya.

Tamat bab ini. Balik ke BAB 10 @ Home.

10. Kepada yang baru nak belajar lastik & para "beginner" lastik

SILA LAYAR BLOG SAYA DENGAN KOMPUTER (LAYAR SKRIN BESAR) AGAR TIADA MESEJ YANG TERTINGGAL SEMASA MEMBACA. SKRIN TELEFON BIMBIT TERLALU KEC...