Untuk mengkongsikan jawaban kepada soalan-soalan yang pernah saya jawab. FAQ @ Q&A ini akan dikemaskini dari masa ke semasa (atau saya akan tulis semula ke dalam bab-bab yang berkaitan).
1. Kenapa saya asyik tertembak busur ("fork hit") semasa melastik?
Jawab: Tertembak busur biasa berlaku dalam beberapa keadaan seperti demikian:
a. Cubitan guli pada kulit pelapik yang tak imbang.
b. 'Tri-angle' yang dipegang terserong (rujuk bab cara melastik), busur tidak tegak 90 darjah dari sudut bumi, ini biasanya terjadi selepas anda melastik ke arah ATAS, lepas itu melastik ke arah aras mata. Maka keserongan pemegangan lastik anda masih belum anjak balik, dengan salah sudut hanya 2 - 3 darjah, sudah memadai 'tertembak busur'.
Berikut juga kesalahan yang biasa dibuat tanpa disedari:
Nota: anda mungkin lihat gambar-gambar pelastik pro yang memegang lastik dengan cara tak seimbang, ingat, mereka sudah "expert", untuk peringkat permulaan memang tidak digalakkan. Lain hari tabiat buruk payah diperbetulkan.
c. Bersangkut paut kepada jawapan b, lastik dengan kelebaran luar busur yang lebih sempit (kecil), seperti 8020, walaupun lebih tepat sebab lagi stabil semasa melepaskan tembakan, tetapi dengan sedikit pemegangan yang tak tepat, maka akan terjadi tembak busur.
d. Rubber band yang di pakai, kepanjangan atau ketebalan kedua-dua belah adalah berlainan jenis. Atau anda 'recycle' balik rubber band yang sudah putus sebelah, walaupun luaran nampak OK, tetapi ketegangan kedua-dua belah sudah berlainan.
e. Selepas melastik sasaran atas, tukar ke sasaran bawah, kepala busur masih belum betulkan, tapi tidak menyedari.
PERINGATAN: Selepas tukar getah yang lain ketebalan atau kepanjangan, sila ingat titik bidik turut akan ubah. Hati-hati semasa itu, untuk elak 'tembak busur' (fork hit).
*** PENTING: semasa melastik, jika pasang alat bidik, sekiranya tertembak alat bidik, serpihan berkemungkinan boleh terkena mata, walaupun banyak alat bidik lastik kononnya diperbuat daripada titanium alloy (sepatutnya cukup keras), tetapi kita masih perlu mengambil sikap berhati-hati juga.
Cabut alat bidik, melastik dengan penjuru atas lastik dah memadai, pakai titik bidik bayangan, x semestinya titik bidik fizikal.
Secara ringkas, tembak busur disebabkan:
1. posisi pegangan tangan tak betul. 2. cara picit guli tak betul. 3. getah tidak ditarik dengan imbang, atau getah ditarik pada kepanjangan yg berlaianan 4. tukar lastik (gap yg lain ukuran) tapi masih pakai gaya melastik yg sebelum. 5. tukar getah (lain ketebalan atau lain kepanjangan), tapi masih ikut gaya melastik yg sebelum. 6. pegangan pada lastik yg terlalu kaku.
2. Saya nak melastik jarak dekat saja, apa jenis lastik perlu saya beli?
Jawab: Lastik yang mempunyai kelebaran luar busur yang lebih besar seperti 9025, sebab 'pinggir busur atas' biasanya memang itulah titik bidik kepada sasaran dekat, langsung tak perlu pakai alat bidik, seanag anda mengagak & melastik. "Shotting gap" yang lebar juga mengurangkan peluang anda tertembak kepala busur "fork hit".
3. Saya nak lastik yang lagi "powerful", mana satu yang saya perlu pilih?
Jawab: 9025, mahupun 9530 @ 9540 (ni sudah sikit melampau), lepas itu pakai rubber band yang tebal seperti 1.5mm dengan potongan serong 2515. (Amaran: secara fizik, lagi kuat daya tembakan, sekiranya tak terjaga-jaga, lantunan balik adalah lagi kuat)
Tenaga kinetik (L) = 1/2 kuadrat laju * jisim, tenaga kinetik sama dengan separuh daripada kelajuan kuasa dua oleh jisim
(* Lastik kepala busur 30mm & 40mm)
atau, pakai lastik tube bulat, tube bulat memang lebih "powerful", hanya ketepatan kurang sikit (bagi mereka yang mahir akan tetap tepat, tapi perlu masa pembelajaran yang panjang).
4. Tangan saya asyik gegar / getar / gigil semasa membidik, apa cara mengatasi?
Jawab: Jangan paksa, pegang mantap, biarpun tangan meloyang, anda boleh melepaskan guli lastik dengan cara "memotong". Iaitu, biar tangan hayun sikit dengan garisan atas ke bawah, melepaskan guli lastik semasa titik bidik memotong titik sasaran. Ini lebih senang untuk yang tangan belum stabil lagi.
Atau, tarik nafas, hembus sikit, tahan nafas.... macam ini tangan pun akan jadi stabil sikit.
Dan, anda perlu buat jasmani kuatkan tangan, seperti tekan tubi atau "pull up".
5. Apakah cara untuk melastik secara bertubi-tubi?
a. pakai cincin magnet, pakai guli besi.
b. cubit atas badan guli besi, bukan kulit pelapik.
c. kulit pelapik hanya berperanan sebagai sandaran untuk melontar keluar guli lastik.
(nota: ini sudah salah satu cara melastik secara anggaran; tak mungkin anda masih boleh membidik semasa melepaskan beberapa tembakan dalam masa yang singkat, sudah tembak 'ikut hati')
d. lastik tubeband yang lebar "shooting gap".
6. Kenapa saya tak boleh beli lastik terus dari China?
Jawab: Negara China memang larang eksport lastik. Kebelakangan, platform online tempatan juga mengkategorikan lastik sebagai senjata, maka dilarang. Sebenarnya ini tindakan tak bijak sebab pemutus platform online tempatan tak pernah main lastik, mereka tidak mengetahui ada sejenis cara melastik 'tanpa rangka' (hanya tangan kosong dengan rubber band sudah boleh melastik), jangan lagi kata lastik kayu atau lastik plastik dibenarkan. Ini balik kepada macam soal pisau, soal tak faham & risau salah guna.
7. Adakah lastik dilarang di China?
Walaupun lastik sudah menjadi satu sukan berpertandingan di negara China, berorganisasi, tetapi masih ada dua daerah di China yang larang penggunaan lastik. Untuk kawasan umumnya, melastik tak salah, tetapi memakai lastik untuk tujuan memusnah/mencederakan (samada sengaja atau tidak sengaja) adalah salah di sisi undang-undang sana.
Di China, memburu 'binatang berkepak' juga adalah salah. Di Malaysia, sesetengan burung hampir pupus juga adalah dilarang diburu / di tangkap, sila Google [Akta 716 - AKTA PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR 2010].
Atas adalah rancangan TV China yang menyeru pihak berkuasa menyekat penjualan & penggunaan lastik.
Kalau anda seorang pelastik, rancangan-rancangan di atas memang ada "bias" dan hanya daripada ujian oleh kalangan yang sudah ada niat "anti-slingshot". Tetapi mungkin juga untuk menonjolkan kesan rancangan mereka. Harap tiada rancangan tempatan yang sedemikian dalam masa hadapan.
Jika anda seorang peminat lastik, sila kawal tindakan anda, jangan salah guna sehingga pihak2 tertentu ada alasan untuk mengharamkan hobi ini.
8. Adakah lastik dilarang di Amerika Syarikat?
Cowboy pakai senjata api pun boleh, lastik itu pasti boleh.
9. Apa perbezaan lastik di antara China dengan US, serta Vietnamese?
Rekabentuk lastik buatan US lebih "simple", tetapi harganya kira mahal sekiranya ambil kira material & kerja tangan yag diperlukan, ini mungkin sebab sikap mat salleh & pasarannya yang terhad. Lastik buatan China lebih berunsur kesenian & semakin berunsur "ergonomic" (memenuhi kehendak pegangan tangan yang lagi padu & mantap secara saintifik) , mereka sanggup memakai pengetahuan teknologi mereka dan bahan yang berkualiti tinggi dalam pembuatan peralatan lastik, dan harganya agak berpatutan.
Gaya lastik US lebih memiriki kepada lastik gaya Vietnamese, kehendak kerja tangan lastik sebegini tidak memerlukan kerja tangan yang terlalu rumit & canggih. Lastik bergaya US & Viertnamese mungkin anda boleh DIY, tetapi lastik gaya China tidak mungkin anda buat sebegitu, mesti memakai mesin serta langkah-langkah pembuatan yang banyak & rumit. Ini perbezaannya. (Nota: Lastik gaya US & Vietnamses tetap buatan China)
Lastik gaya US.
Lastik gaya Vietnamese.
10. Dalam movie Korea “WAR OF THE ARROW" yang awak recommend, ada tulisan 前推泰山,发如虎尾 atas busur panah watak utama, apa maksudnya?
Jawab: Maksudnya: "Depan Menolak Gunung Tai, Melepas Macam Ekor Harimau", intipati memanah yang disarankan oleh seorang General Cina zaman Ming yang bernama Qi Ju Guang (戚繼光).
Gunung Tai 泰山 ialah satu gunung yang tinggi di China, simbolik kepada "BERAT".
Macam melastik, kita menolak lastik ke depan, rubber band tarik ke pipi, akan rasa tekanan ke depan itu, hati sudah siap sedia, melepaskan guli lastik secara relax tanpa niat sengaja dilepaskan.
(Nota: dalam Mandarin, 泰山 juga merujuk kepada bapak mertua, maka bayangkan ke"berat"an itu... haha...)
10. Bolehkah saya pakai Rubber Band 2515 (standard 2012) ke atas lastik dengan kepala busur 8020?
Ya, tak kira rubber band yang lebih lebar atau lebih sempit, selagi pinggir rubber band selaras kepada pinggir luar kepala busur semasa mengapit, tiada masalah anda membuat sedemikian, sebab pinggir luar memang piawaian kepada titik bidik. Walau bagaimanapun, mengguna rubber band 2515 (atau lagi lebar) ke atas lastik 8020 memang tidak digalakkan.
Cara pemasangan getah yang "ideal":
Walaupun tiada piawaian macamana pasang flatband itu yang betul, tetapi yang paling "ideal" ialah dua lengkung pada kulit pelapik menghala atas, dua kelopak ikatan pada kulit pelapik menghala luar. Muka licin kulit pelapik pegang guli, muka kesat kepada cubitan jari (ada juga yang cadang sebaliknya).
Ini bukan muktamad, selagi anda melastik 100% kena, apa cara anda nak pasang flat band itu pun terpulang kepada anda sendiri.
KULIT PELAPIK / Pouch: muka licin muka pecit guli, bukan muka selesa anda cubit. Harap maklum.
11. Bagaimana mengagak jarak untuk melastik?
Beberapa cara yang biasa di pakai:
a. Ukur dengan tali ukur. :D
b. Mengira langkah - untuk seorang dewasa dengan ketinggian 5 kaki lebih, setiap langkah penuh adalah lebih kurang 1 meter (@ 3 kaki (atau anda boleh melangkah dan ukur). Dengan melangkah, anda boleh tahu jarak yang dilalui.
c. Kepingan jubin di rumah lama biasanya 1' x 1' ( ' = kaki; yg kini lebih cenderung pakai pakai kepingan besar 2" x 2" @ 60 x 60cm), maka jarak 3 keping jubin 1' adalah 1 meter. Biasakan diri dengan mengira kepingan jubin dan memahami jarak tersebut.
d. Pembahagian jarak jauh yang sudah diketahui jaraknya. Contoh yang terbaik ialah lorong larian pecutan 100 meter, biasakan diri dengan memandang & mangagak jaraknya, maka bila anda rasa jarak baru yang anda pandang adalah lebih kurang separuh daripadanya, maka ialah lebih kurang 50 meter, kalau suku = 25 meter dan sebagainya.
e. Nisbah ketinggian. Dengan membayang ketinggian seseorang masa berdepan dengan anda, semasa dia beranjak hingga ketinggiannya sudah menjadi suku kepada ketinggian di mata depan anda, biasanya ialah >< 20-30 meter daripada anda (berbeza mengikut mata & anggaran peribadi). Tapi inilah konsep mengagak jarak dengan nisbah ketinggian.
11. Kulit jari saya asyik terkupas (lepuh @ "blisters") kerana cubitan kulit pelapik, apa cadangan?
a. Pakai jenis kulit pelapik yang lembut (kulit pelapik jenis 3 lubang biasa akan 'hiris' pucuk jari). atau
b. Pakai sarong tangan, atau sarong jari (tidak digalakkan sebab mudah tercicir bersama perlepasan guli lastik), atau pakai "masking tape" (macam pemain bola tampar):
Kalau nak lagi selesa, pakai 'medical tape' yang boleh dibeli di farmasi.
12. Bolehkah saya pakai rubber band 2012-230 (tarikan middle) untuk tarikan pendek?
Jawab: Boleh, tapi kena faham ketinggian penerbangan (lontaran) akan berbeza. Atau anda boleh guntingnya menjadi pendek sikit (kalau boleh pakai roller cutter sebab rubber band memang liat).
Setiap kali tukar rubber band, anda memang sudah kena mengenalpasti semula titik bidik anda.
* Untuk situasi terbalik, pakai rubber band tarikan pendek, tetapi 'tarik middle' atau panjang, rubber band memang cepat putus.
** Selepas anda sudah biasa 'menghayati' jenis-jenis rubber band yang berlainan, maka hayat penggunaan rubber akan menjadi panjang, sebab anda sudah tahu masuk "gear 1", "gear 2", baru "gear 3", dan bukan tarik dengan kekuatan kaku (@ mati).
13. Apa beza di antara saiz guli tanah 8-9mm & 9-10mm?
Jawab: Sudut lontaran berlainan, bagi yang 8-9mm kena membidik ke bawah lagi sebab guli ringan, senang terapong.
Tetapi sama-sama 1kg, bilangan 8-9mm adalah lebih. Baik untuk praktik jarak 5 - 15 meter.
(Untuk rujukan shj: guli besi 8mm sebiji ><2.1g. guli tanah 8-9mm sebiji >< 0.9g, guli tanah 9-10mm sebiji >< 1.2g, guli tanah 10mm sebiji >< 1.6g --> bukan saja guli tanah tidak seragam, guli besi ada juga yang lebih berat sedit atau yang ringan sedikit ikut batch pengeluaran, tetapi ia ada piawaian yang lebih kekal).
Guli besi 7mm >< 1.8g, guli besi 9mm >< 3g (tak kira dia guli besi biasa mahupun "ball bearing".
14. Tangan sudah lenguh hanya selepas beberapa das?
Jawab: Biasa tangan lenguh sebab membidik ke atas, cuba letakkan satu botol plastik di bumi, tembak ke arah 'ke bawah'. Walau bagaimanapun, lebih disyorkan berlatih melastik pada sasaran aras mata. Atau rubber band yang dipakai terlalu panjang@ tebal.
atau,
pakai lastik yang lebih ringan.
atau,
senaman yg paling sesuai untuk kuatkan lengan & bahu:
Menggulung piring besi atau bata dengan batang kayu. Alat ni boleh DIY, tak perlu beli. atau, cari satu batang besi atau kayu yang ada keberatan tertentu:
untuk seimbangan otot-otot tangan anda, lepas depan, belakang (jgn otak kotor :P ):
pakai kayu penyapu pun boleh (kalau bini atau emak tak bantah, hanya perlu risau nanti kena "order" sapu satu rumah sekali), tak perlu buat banyak, sekadar anda boleh rasa dah mencukupi. Nanti baru tambah ikut perkembangan kekuatan tangan anda.
15. Boleh terang sikit tentang peraturan AGS (China)?
Jawab:
Di sini saya
pakai piawaian tahun 2019:-
1. Pertandingan
Perseorangan: Pusingan Awal:
a. Mesin sasaran
jatuh loket yang diiktirafkan oleh AGS, ketinggian pusat sasaran 1.3 meter daripada aras bumi.
b. Setiap lorong
sasaran dilengkapi dua mesin, setiap mesin 5 loket sasaran, peserta mesti jatuhkan sasaran
dari kiri ke kanan, tidak dibenarkan tembak rambang ikut suka hati. Setiap peserta dalam kumpulan mesti habiskan
tembakan dalam masa 10 minit.
c. 10 meter loket sasar
saiz 4cm, 10 das; 15 meter loket sasar saiz 5cm, 10 das. Mesti menghabiskan kesemua 20 das dalam satu sesi.
d. 80 peserta dengan
skor tertinggi akan masuk ke 'pertandingan kumpul mata' yang seterusnya.
Nota: Mata dikira
daripada jumlah mata 10 meter & 15 meter, sekiranya mata sama maka markah 15
meter yang tertinggi dikira menang;
sekiranya mata 10 meter & 15 meter adalah sama, maka peserta
dikehendaki melepaskan 5 das kepada 10 loket sasar yang berlainan saiz, yang
mata tertinggi dikira pemenang (mesti habiskan tembakan dalam masa 3 minit).
2. Pertandingan
Perseorangan: Kumpul Mata
3. Pertandingan
Perseorangan: Pusingan Akhir
Pertandingan Berpasukan.......
***** akan bersambung... sibuk buat kerja lain dulu. Dah rasa cabaran tu? ni belum masuk gelabah & gementar semasa pertandingan ***** soli, akan update bila senang. 20201119 9.55pm
16. Lastik saya macam gambar di bawah, boleh ikat flat rubber band? 20201119
(Gambar & Q oleh: Sunny)
Jawab: Boleh ikat cara TTF (throught the fork), tapi kena buat satu soket / sarong @ cincin besi bercelah (gambar-gambar di bawah pakai paip PVC untuk tunjuk cara shj).
dan perlu buat satu 'jacker' (masuk cerah lepas itu "twist" kasi kekangkan celah itu), sebab lepas masuk rubber band, sarong itu akan ketat, kena ada cara untuk buka mulutnya.
17. Apa beza Guli besi vs BB (ball bearing)?
Guli besi ada grade-grade yang berlainan, contoh guli besi 8mm, berat sebiji ><2.1 gram. Ralat diameter Grade 1 Khas ialah +/- 0.01mm, Grade 2 +/- 0.2mm, Garde 3 mungkin boleh sampai 0.45mm (selagi lebih daripada 7.5mm, contoh 7.51mm, masih masuk kira guli 8mm).
Bebola keluli yang diketuk keluar daripada "ball bearing" (gambar bawah) lazimnya Grade 1 yang sudah 'diapikan @ dihangatkan' & 'dikeraskan' (sudah bukan piawaian BESI, tapi betul2 KELULI; bayangkan Ball Bearing perlu tahan tekanan & kepanasan roda yang berpusing tak berhenti dalam masa yang amat panjang. Itu sebab memang kena jenis "die hard"). Bebola itu memang boleh pakai untuk melastik, tapi sebab kekerasannya, maka jika hantam kena kepala busur Stainless Steel 440C (440C lebih keras daripada 304), 440C mungkin juga akan tinggal kesan. Kena kepala busur Titanium Alloy pun mungkin tinggalkan sedikit kesan gurisan.
Untuk stainless steel 304, ia lebih lembut, kena guli biasa dah tinggal kesan lubang.
Ball bearing bukan tidak boleh dipakai, tetapi lazimnya tidak dipakai dalam latihan lastik moden demi segi keselamatan diri & peralatan lastik.
Macam mana bezakan guli biasa dan "ball bearing'? dua-dua sama warna, sama bulat & sama berat.
Senang saja, ketuk dengan tukul, yang senang kemek itu guli biasa.
TAMBAHAN: JADUAL KEKERASAN
304 (18/8) adalah keluli tahan karat austenit, yang merupakan gred keluli yang paling banyak digunakan, dengan ketahanan kakisan yang baik, rintangan haba, kekuatan suhu rendah dan sifat mekanik.
Manakala 440 adalah keluli tahan karat ferit dengan kandungan C yang tinggi (macam besi) dan kekerasan yang sangat tinggi di antara semua keluli tahan karat. Biasanya digunakan untuk alat pemotong, dan ketahanan kakisannya lebih lemah berbanding kepada 304.
Kekerasan guli besi biasa : 16~40HRC
Kekerasan tembaga : ≤20HRC
Kekerasan keluli 304 : ≤28~35HRC
Kekerasan keluli 316L : ≤25~39HRC
Kekerasan Titanium Alloy TC21 : 40~42HRC
Kekerasan keluli 440C: 56~60HRC
Kekerasan kekuli Böhler M390: 59~63HRC
Kekerasan kekuli Tungsten: 62~67HRC
Kekerasan pisau keluli (hardened cutter) : ≤55~60HRC
Kekerasan ball bearing (harden carbon steel) : 58~65HRC
Kekerasan guli kaca : tidak sesuai diukur dgn HRC, tapi anggaran ≤77HRC, ada data yg menunjukkan 55~60HRC
JANGAN LAGI PAKAI ISTILAH "ALLOY" TANPA RUJUK KEPADA YANG SEBENAR, zinc alloy, aluminium alloy, titanium alloy, M390 steel alloy, Tungsten steel alloy, dll semuanya alloy (logam campuran), tapi harga, ketahanan & kesesuaian kegunaannya amat berbeza.
TITANIUM ALLOY juga BUKAN KEBAL, kalau titanium kebal, ia tidak mungkin dapat dibentuk(proses) jadi lastik. Titanium alloy keras & liat tapi ringan, itu sebab merupakan bahan utama dalam buat parts & compenents kapalterbang.
Untuk pembuatan ketapel titanium alloy, titanium TC21 yang paling kerap diguna, TB4, TB5 & TB6 turut dipakai, tetapi siri TB lebih lembuat, perlu tambah proses 'heat hardening'. TC21 juga ada gred-gred yang berlainan.
HRC ialah ukuran Kekerasan berasaskan berlian: Ia adalah kekerasan yang diperoleh dengan muatan 150kg dan inti kon berlian. Ia digunakan untuk mengukur bahan dengan kekerasan tinggi (seperti besi keras, dll.).
Selain DIAMOND (Berlian), logam yang paling keras ialah keluli alloy Tungsten, tapi kenapa tiada orang yang membuat lastik dgn Tungsten? sebab walau ia keras, tapi rapuk dari aspek tertentu, maka hanya sesuai utuk dijadikan mata gerudi ("drill") ataupun pisau mesin bubut ("lathe").
Gambar di atas, kepala busur Titanium Alloy TC21 'fork hit' dengan guli kaca. Hati2, guli kaca itu betul2 keras dan bahaya jika hancur kecai (masuk daging memang sukar dibersihkan). SILA faham bahan & sifat guli yang anda pakai, jangan main buta2 saja. KeSELAMATan diUTAMAkan.
KENAPA PERLU LASRIK YANG CUKUP KERAS?
1. faktor keselamatan, tapi fakta ialah stainless steel 304 sudah memadai.
2. faktor tembak busur "forkhit", kalau lastik dah berlekuk-lekuk, hati nak terus main dengan lastik yang sama biasanya turut terganggu.
3. faktor kebiasaan dalam tabiat penggunaan, jika satu ketapel sudah dapat dikuasai sepenuh, maka tiada alasan anda tukar yang lain, maka hayat penggunaan / ketahanannya mesti kuat & kekal.
PERBANDINGAN KEKERASAN DI ANTARA LOGAM2 YANG SERING DIPAKAI UNTUK MEMBUAT LASTIK:
M390 > M380 > SS 440C > TC21 >TC4 > SS 201 > SS 304 > SS 316 > TA2 (pure titanium)
PERBANDINGAN KADAR TAHAN KARAT DI ANTARA LOGAM2 YANG SERING DIPAKAI UNTUK MEMBUAT LASTIK:
TA2 > TC4 > TC21 > SS 316 > SS 304 > SS 201 > M390 > SS 440C > M380
18. Boleh terangkan jenis-jenis material kepala busur yang berlainan? kebaikan & keburukan?
Macam-macam bahan & rekabentuk yang ada, ada 'permintaan' ("demand"), maka ada 'pembekalan' ("supply"). Tambahan ramai pengguna (sbhg penjual sama juga) tiada pengetahuan ("LACK OF KNOWLEDGE") tentang ciri-ciri bahan yang ada, maka ada pengeluar lastik yang mengambil kesempatan mengeluarkan produk yang 'tidak selamat'. Produk sedemikian hanya memenuhi citarasa mata pembeli, padahal pembeli tidak benar-benar tahu apa yang mereka memiliki. Faktor kos/harga juga mendorong wujudnya lastik2 yang memakai pelbagai jenis material yang berlainan yang mana sebahagian daripadanya adalah 'tidak sesuai'. (*Penulis mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun selaku tukang kimpal yang khusus ke atas boat ikan --> peralatan boat ikan ini soal hidup mati pasal semasa keluar laut, 100% bergantung kpdnya, maka 'permintaan' penulis amat tinggi & ketat berbanding kepada orang yang lain).
a. Kayu - biasa DIY. Kebaikan: sedap dipegang, boleh rasa 'life' & ada 'rasa ummh~~', tetapi demi ketahanan pakai, mesti pakai kayu yang cukup tua @ matang, serta sudah di'season'kan. Kena ada pemeliharaan ("maintenance"), tak boleh simpan dalam kereta yang parkir di bawah jemur matahari, mungkin akan retak. Kena selalu sapu dengan minyak yang besesuaian atau serapkannya dengan "bee wax" akan memanjangkan hayat penggunaannya.
b. Epoxy / Resin / Plastik - Kebaikan: harga murah sebab senang dibentuk dengan acuan. Keburukan: terlalu ringan; tempat ikat (gigit) getah pun selalu tak dapat pegang getah dengan ketat, risiko getah terlucut & hantam muka sendiri. Pendapat peribadi, resin hanya bahan sesuai untuk lastik jenis rekabentuk FeiHu, sebab ikatan yang menentukan keselamatan, bukan pada rangka resin sendiri.
c. Resin Polycarbonate - sejenis resin juga, cukup keras, kasi tukul hantam pun tak tinggal kesan, boleh dikilatkan dengan kertas pasir sampai bersinar-sinar (kena ikut urutan jenis kertas pasir 240-400-800-1500-2000-4000-7000 & mesti mengilap dalam air). Keburukan: tempat gigit getah masih tak setanding yang jenis logam. Untuk mengatasi kelemahan ini, biasa kilang akan membuat kepala busurnya besar sikit, maka akan nampak sikit hodoh.
d. Zinc Alloy - harga murah sebab senang direkabentuk pakai acuan. Keburukan: risiko retak sebab logam ini memang tidak kuat, walaupun nampak kilat & ada gaya kekuatan logam.
(lastik alloy yang berisiko tinggi)
e. Aluminum Alloy - juga senang direkabentuk. Lebih kuat sedikit daripada zinc alloy. Ringan tapi akan retak sekiranya kena daya luar yang kuat.
f. Besi - bagus, tapi akan karat.
g. Tembaga H62 - sebenarnya tembaga adalah jenis logam lembut. Kelebihannya ialah boleh dikilatkan sehingga menjadi 'keemasan' yang menarik & menonjol. Selain daripada lembut, tembaga sebenarnya mudah 'karat' (menjadi hitam atau kehijauan) sekiranya tidak rajin menggilapnya. Atas kemudahan buat kerja ke atasnya, harganya lebih murah berbanding kepada stainless steel. Jangan diperdaya atas kilau keemasannya yang tidak kekal lama.
h. Stainless Steel 304 - macam besi, tapi sifat lebih kenyal & tak karat. Biasa tak lekat kepada magnet. Batang SS 304 yang dibengkokkan, sudut tempat bengkok, kekerasannya setanding Titanium Alloy.
i. Stainless Steel 440C - macam stainless steel 304, tapi lagi keras. Akan lekat kepada magnet, jika simpan saja tak jaga mungkin akan ada bintik karat (boleh dibuang).
(Gambar: bila guli besi kena frame stainless steel 440C, guli yang kemek; tapi kalau kena 'ball bearing, 440C mungkin akan tinggal kesan lubang juga)
j. Stainless steel (cast 316L) -memang betul2 tahan karat.
k. Titanium Alloy - cukup keras tapi ringan. Keburukan: payah direkabentuk (sebab keras sangat) --> bahan & upah kerja MAHAL. Warna kelabunya mempunyai daya tarikan yang misteri.
Biasa dalam hati seorang pelastik, alat lastik tu umpama kekasih, sikit luka hati pun sakit. Itu sebab wujudnya lastik titanium alloy, sebab ianya keras tak mudah tinggal kesan walaupun terkena tembak.
Maka apa jenis lastik yang selamat di pakai?
Melastik seumpama bawa kereta di atas jalanraya, sendiri bayangkan pakai kereta rangka besi lebih selamat? atau kereta rangka resin / plastik?
Andai kata pakai yang lastik plastik, selain daripada tempat gigitan getah yang tak rapi, jika anda tertembak kepala busur, plastik kemungkinan akan pecah, serpihan itu amat merbahaya kepada pelastik sendiri serta orang di sekelilingnya.
Sekiranya lastik anda jenis stainless steel, pakai guli besi (bukan ball bearing), walaupun tertembak kepala busur masih tetap ada lantunan yang bahaya, tetapi guli besi akan kemek dulu & sudut pantulan bukan lagi tepat balik kepada pelastik.
KESIMPULAN: para beginner lastik memang digalakkan pakai 'eyeware' semasa berlatih.
Lastik zinc alloy, resin & ABS tetap boleh pakai, tapi kena tahu cara pemeliharaannya serta 'had @ limit'nya.
19. Bagaimana membezakan lastik yang diperbuat daripada zinc alloy vs stainless steel?
(Gambar atas: lastik diperbuat daripada bahan plastik terpaksa pakai 'alat laser' untuk menarik @tipu para beginner; laser semacam itu memang 100% gimik --> "toys", kecuali laser hijau baru betul2 tahap pro)
a. Secara pandang mata, sinar pantul permukaan bahan yang didekorasi ("chrome") akan nampak kepalsuan. Stainless steel yang tulen sila rujuk periuk stainless steel Zebra kat dapur emak / bini anda, tengok sudu garpu pun boleh. :)
b. Hitung berat. Berat lastik kayu penuh biasanya dalam 80-90g, zinc alloy 90-130g, stainless steel wood handle 230-260g, stainless steel penuh 420-550g, titanium alloy penuh 280-350g (itu pasal titanium alloy mahal).
c. Kesan acuan. ~~~ akan update kemudian, tengah cari gambar, senang sy tunjuk gambar ~~
Apa jenis lastik yang paling selamat di pandangan anda?
Tak kira apa2 sukan, mesti ada risiko kecederaan, selagi kecederaan atau kemalangan bukan disebabkan oleh peralatan yang tidak sempurna, maka peralatan itu dikira SELAMAT.
Secara peribadi, lastik "stainless steel cold-bending" adalah lastik yang paling KUAT, SELAMAT & SEMPURNA.
Lastik 'pembengkokan dingin' ("cold bending") merupakan cara pembuatan lastik logam yang paling awal di Negeri China. Batang besi (selepas itu tukar kepada stainless steel, mahupun tembaga) yang dibengkok dengan kekuatan manusia menjadikan ianya mudah, tahan lasak & praktikal ("simple, durable & practical"). Batang stainless steel yang dibengkokkan bukan sahaja tetap liat, malahan menjadi lagi keras sehingga seolah-olah mustahil dimusnahkan. Stainless steel 304 yang pada awal tidak lekat kepada magnet akan menarik kepada magnet selepas dibengkokkan. Ada juga yang memakai batang stainless steel 440C jadi bahan mentah, memang ia lagi keras. Samada 304 atau 440C, dua2 sudah memadai pemakaian anda sehingga selama2nya.
Awak kata lastik buatan bahan Zinc Alloy & Resin tidak begitu selamat, kenapa awak menjualnya di "online platform Sopi" juga?
a. Ya, itu benar. Tapi saya ada "highlight" yang itu zinc alloy, dan akan memberi nasihat kepada pelanggan tentang cara penjagaannya.
Batu jade pun boleh dijadikan lastik apatah lagi, logam? tetapi apa yang perlu dijagai ialah 'keletihan logam' yang akan membawa kepada keretakannya.
b. Tentang "Flying Tiger" (FeiHu) yang resin, sebenar rekabentuk "flying tiger" tiada sangkut paut kepada material yang dipakai, kuncinya ialah ikatan getah di kepala busur, dililit gelang getah "donut" (atau pakai "lazy tie"), kekenyalan & kekesatan getah sendiri yang akan menentukan kekuatan ikatannya.
Selain daripada berat, hampir tiada beza di antara "Flying Tiger" kayu, resin, polycarbonate, stainless steel, mahupun titanium alloy.
20. Apa pandangan anda tentang "online platform" yang melarang menjual alat lastik?
Memang adalah tanggungjawab "online platform" untuk menjaga 'keselamatan' penggunaan produk yang dijual melaluinya, ini saya setuju 100%. Tetapi hendaklah mengawal dan bukan melarangkan, kan ada produk yang 18SX yang memerlukan pengenalpastian taraf umur sebelum masuk langgan? Lastik memang bukan alat mainan kanak2 sebarangan. Tambahan, "online platform" sudah salah tuju, sebaliknya membenarkan alat lastik ala 'alat permainan' yang menggunakan material yang rapuh, ini akan merbahayakan keselamatan pengguna.
Mengapa pulak awak juga menjual secara online? Tujuan saya ialah untuk menjual sambil mendidik pengguna cara penggunaan & pemilihan peralatan yang selamat. Serta promosikan idea 'lastik moden', bukan semata2 mengaut keuntungan secara lepas tangan.
21. Apa beza di antara Tali Ambar (amber belt) & Benang Kristal (Crystal Line)?
Benang krystal lebih halus & licin berbanding kepada tali ambar. Tali ambar perlu dikejangkan sebelum ikat. Benang krystal lebih sesuai untuk getah yang lebih nipis manakala tali ambar lebih sesuai kepada getah yang tebal. Benang krystal memerlukan lilitan lebih sedikit.
Ada yang mengatakan benang krystal lebih rapuh & senang lucut, ini tidak benar. Anda masih boleh menggunakan mana-mana satu jenis tali untuk apa-apa jenis getah sekiranya anda memahami petua ikatan 'mantap/kesat tanpa melukai getah', sebab getah sendiri ada daya kekenyalan & 'daya geser' yang kuat. Atau senang sikit penerangan ialah kejangkan getah dengan kadar berpatutan semasa ikat, kekenyalan getah sendiri akan memegang kuat tali ikatan - samada krystal mahupun tali ambar.
Ada juga yang pakai rubber band yang putus, potong halus sebagaimana benang & buat jadi bahan ikatan, tetap boleh. Selagi ikatan anda selamat diguna.
22. Apa perbezaan penggunaan "hidden screws" berbanding kepada "hand screws" pada kepala busur?
Semasa kita melepaskan getah lastik, ada sesetengah masa mungkin getah akan menampar atas kepala busur, dengan "hidden screws" akan mengelakkan 'kelukaan' pada getah.
(sekiranya getah anda sentiasa menjadi berlubang-lubang selepas melastik, anda mungkin perlu tukar kepada "hidden screws" atau cabut alat bidik)
Tetapi "hand screws" memang memudahkan kita menukar getah dengan pantas tanpa alat.
Maka penggunaan jenis skru adalah bergantung kepada situasi penggunaan lastik. Dalam pertandingan (biasanya peserta akan menyediakan beberapa set lastik yang sama, dengan getah yang sama, siap ikat) & latihan biasa, "hidden screws" merupakan pemilihan yang bagus, sementara "hand screws" sesuai untuk penggunaan di "outdoor" sebab tak perlu selalu bawa allen key (hex key)..
23. Getah flatband saya pakai asyik putus, ada apa cadangan?
Hayat "flat rubber band" memang pendek (10-600 kali tarik) berbanding kepada "tube rubber band" (200 kali ke atas). Dengan teknologi baru, getah 'Pemvulkanan berganda' ("Double vulcanization"
双硫化 --> dengan dua lapisan yang bergabung) memang membawa kepada hayat getah yang lebih bagus, walaupun ini dinafikan oleh sesetengah pihak, tetapi ia memang satu penciptaaan baru
FAKTA: untuk orang baru, biasa getah yang dipakai akan lebih cepat putus sebab belum memahami cara tarikan yang betul. Getah yang sama, orang lama boleh sampai 300 das, tapi orang baru mungkin 100 das tak sampai dah putus.
Faktor#1: orang baru belum faham tahap tarikan getah yg sesuai (macam kereta menual, orang baru biasa masih belum falam 'timing' yg paling sesuai utk masuk 'gear'.
Faktor#2: orang baru tarik terlalu tak imbang (macam buat tekan tubi, kalau satu tangan saja keluar tenaga, pasti tangan itu lengoh dulu).
a. Masa membidik, tarik getah ke kepanjangan yang selesa, JANGAN TUNGGU TERLALU LAMA, dalam 3-4 saat dah lepaskan, kalau tidak getah regang terlalu lama akan pendekkan hayatnya.
b. Selepas melepaskan satu tembakan, BIAR GETAH ada masa untuk BERNAFAS & MEMULIH sebelum tembakan seterusnya. Nak tembak tubi baik anda pakai tube band.
c. Cubitan/Picitan berpusing ("TWIST") yang keterlaluan pasti memendekkan hayat getah.
d. Biasa nisbah getah boleh di tarik ke panjang maximum 6.5 kali ganda,
tapi secara peribadi, 3.5 ke 4.5 kali ganda dah memadai, ini akan jadi
getah lebih tahan dipakai. (JANGAN PANDAI2 FIKIR TARIK SATU KE DUA KALI
GANDA SAJA, ITU BUKAN LAGI LASTIK, GULI AKAN SENTIASA PERGI TAK TENTU HALA).
e. JANGAN KONGSI LASTIK, lain tangan tarik getah, kebarangkalian getah cepat putus akan meningkat. Macam kereta kalau banyak tangan pakai, gearbox pasti cepat kaput (khusus orang baru).
f. CANTUM SEMULA, bagi getah yang putus, jangan buang. Kumpulkan & cari pasangan yang sama, beli tali ambar atau benang kristal, suruh bini atau girlfriend tolong pegang kasi ikat & pakai semula (Notis: getah macam ini biasa akan cepat putus lagi, atau kurang tepat sebab sudah tak seimbang, tapi masih sesuai untuk latihan tarikan).
Bagi yang bujang, kena beli ni:
https://shopee.com.my/-Msia-Stok-ALAT-BANTU-UNTUK-IKAT-RUBBER-BAND-i.306971760.7067212123
klu tidak, pakai kaki & tangan sekali pun boleh ikat. (sebenar pakai dua tangan pun boleh ikat, tapi tak sepadu pakai alat).
*** "BEGINNER" TIDAK DIGALAKKAN MENGKITAR SEMULA GETAH LAMA, KESELAMATAN MESTI DIUTAMAKAN. Jangan2 getah putus kena muka / mata.
g. PAKAI MINYAK Dimethicone aka Silicone
https://shopee.com.my/-Msia-Stocks-Minyak-Dimethicone-aka-Silicone-Oil-10ml-untuk-pemeliharaan-Rubber-Band-i.306971760.6359476226
Sapu sedikit di bahagian getah yang sering tegang / putus, biar resap & kering, getah akan tambah kenyal. Tapi ada yang tak suka, sebab kalau jari tersentuh bahagian berminyak, akan rasa lain sikit.
*Bedak talkum / talcum powder / 滑石粉: Serbuk talkum adalah produk perindustrian, yang merupakan kumpulan talc mineral magnesium silikat talc. Komponen utama adalah hidrous magnesium silikat (Mg₃Si₄O₁₀(OH)₂.). Selepas dihancurkan, ia dirawat dengan asid hidroklorik, dicuci dengan air dan dikeringkan.
Bedak talkum sentiasa dipakai untuk elak lapisan getah lebur dan cantum antara satu sama lain. JANGAN pakai bedak sebarangan!!! hancur getah anda.
h. Simpan getah yang tidak pakai dalam kotak aiskrim magnolia --> KALIS CAHAYA & KALIS ANGIN. Ini akan memastikan kekenyalan & hayat getah. Bagi ikatan getah yang baru, jangan sekali-kali tarik saja untuk suka-suka, macam ini getah akan 'masuk angin'. Getah itu manja, macam biskut.
i. POTONG SENDIRI. Beli kepingan getah & peralatan, potong sendiri, tak susah sangat, lepas beberapa kali akan jadi pandai. Anda boleh sendiri buat sudut tirus (taper) dari yang standard 2012-250 kepada 2113-190, atau apa-apa sudut tirus yang sesuai kepada anda. :)
j. Tambahan#1: Getah yang baru keluar kilang biasanya tidak sedap pakai, ada yg mungkin senang putus juga. Getah yg 3-6 bulan keluar kilang ialah masa paling 'best' untuk dipakai. Walau bagaimanapun, jikalau anda simpan dengan cara yg betul, biasanya getah tahan simpan 2-3 tahun.
k. Tambahan#2: Getah yang siap potong & siap ikat, elak tarik panjang saja nak cuba ketegangannya, getah yang sudah ditarik (masuk anign) akan mula lupus kualiti elastiknya. Juga JANGAN SEKALI-KALI tarik & lastik secara kosong (tanpa guli), ini akan mencederakan getah sbb hanyun tanpa imbangan yang sesuai.
Akhir: pasti anda akan tertanya ada getah yang betul-betul boleh tahan pakai dan sedap ditarik? Jawapan: YA, tarik sampai kulit pelapik koyak getah pun masih belum putus. Tapi getah macam ini biasanya hanya "rare sample" yang diberi oleh kilang, tidak buka untuk pasaran (pasal kilang akan 'pok-kai' jual produk macam ini).
KESIMPUALAN: walaupun getah yang berjenama seperti Precise, lain batch pengeluaran, mungkin akan perbezaan dari segi ketebalan & rasa tarikan mahupun hayat penggunaan. Fahami tabiat & sifat getah yang anda pakai, ini akan melebihkan bilangan anda memakainya.
24. Awak sering kata awak mazhab "competetive slingshot", apa beza kepada yang sling ikan & sling burung?
a. Target yang lain jenis, satu target objek, satu target makhluk hidup.
b. Bagi sling ikan atau sling burung, "first shot" itu paling penting. Bagi "competetive slingshot" mungkin kena pastikan 30-50 das berturutan yang konsisten.
"Hunt for food" tidak salah, halau mahupun musnahkan binatang perosak juga amalan yang bagus, jangan semata2 "hunt for fun". Sekiranya sesetengah pemanah Olimpik memburu dengan memanah atas keseronokan diri saja, adakah sukan memanah akan kekal layak dalam acara Olimpik?
Kenapa kebanyakan negara (termasuk Malaysia) larang memburu specis burung2 tertentu?
1. Untuk elak pupusnya sesetengah specis binatang/burung.
2. Virus sepertt Covid-19, bird flu, Nipah, dll yang masih belum diketahui lazimnya drp burung & kelawar liar. Mungkin ada yg kata masak betul2 virus akan mati, itu benar, tapi apa macam jangkitan semasa anda proses unggas tersebut? Jangkitan yang lompat sempadan akan bawa bencana kepada manusia.
3. Keseimbangan Ekosistem, sstgh burung merupakan 'musuh semulajadi' kpd serangga perosak yg tertentu, jika pupusnya spesis burung tertentu, pasti serangga perosak akan serang alam tanpa kawalan. Orang asli pun tahu alam ini bukan boleh dibinasa atau dihina sewenang2nya.
4. Ikan yg diburu drp bekas lombong timah, isi daging pasti mengandungi 'logam berat' yang jangkau piawaian, mahupun membawa jirim radioaktif, dgn memakan buruan sebegini, adakah selamat utk kesihatan badan dlm jangkamsa panjang?
JANGAN MAKI tulisan saya. Ini terpulang kebijaksanaan serta budi bicara anda, boleh abai jika tak setuju.
25. Apa kelebihan & kekurangan slingshot jenis 'kepala busur boleh anjak' ("adjustable bow head")?
Kelebihan ialah penjuru atas kepala busur boleh jadi titik bidik fizikal.
Kekurangan ialah lastik ni biasa outdoor, lagi komplicated, lagi senang tercicir parts tertentu. Dan lastik macam ni biasa akan jadi lebih berat kepala busurnya. Serta harganya pasti lebih tinggi sebab perlu kerja pemprosesan yang lagi jitu.
Tapi ini terpulang kepada citarasa dan pilihan individu.
Pernahkah anda lihat seorang mekanik di bengkel kereta pakai spanar hidup sebagai alat utama mereka?
26. Pergelangan tangan / sendi jari saya sakit selepas main lastik?
Pergi jumpa doctor dapatkan nasihat perubatan.
Kurangkan latihan agar pergelangan tangan / sendi jari dapat rehat & pulih.
Tukar kepada rubber band yang nipis (kurangkan daya impak masa menarik getah).
27. Macam mana ikat kulit pelapik?
Dengan alat:
kalau pandai DIY, tapak ikat itu anda boleh buat sendiri (tapi biasa saiz besar, kalau beli yang 'saiz tapak tangan boleh bawa ke mana-mana).
atau pakai kaki dan tangan sekali pun boleh jadi. nak senang cari orang tolang pegang & regang (jika kuantiti tak banyak).
Ataupun ikat tanpa alat (tapi ini kena praktik lama, kalau tidak ikatan akan kurang kemas).
28. Apa perlu tahu tentang kambing besi / kambing alloy / kambing 440C?
a. Kulit pelapik, muka licin muka pecit guli. Bukan muka manja jari anda. Tangkai ikatan mesti 'jadi 'hala luar' semasa tarik.
b. Besi lebih berat & tahan daripada Alloy. Alloy mungkin patah jika anda hemtam ia dengan tukul. Stainless steel 440C pasti lagi berat. Biasa berat akan bantu dalam pemegangan yang stabil. Itu sebab Kambing Alloy biasa saya padankan dengan getah 2040.
c. Untuk cara bidik (tangan belakang @ tangan penetapan amat penting):
d. Untuk elak getah libas tangan / jari, selepas melepaskan tembakan, tangan perlu ada satu pergerakan 'melepas / membuang ke depan'.
e. Kelebihan Kambing Besi dengan tubeband: cukup 'powerful', main outdoor tidak dipengaruhi angin kuat, tetap boleh main. Kekurangan: bukan senang kuasai, kena betul2 sabar, akan ambil masa lebih panjang berbanding kepada main flatband.
28. Kehebatan Deng Fei Hu:
Pandangan secara peribadi, paling hebat ialah dua peluru kena dua sasaran yang berasingan.
29. Mengenai GETAH lagi!!!!
a. Ramai yang tanya samada getah itu keras/berat atau tidak, susah tarik atau tidak? Jawapan: lain orang lain rasa, saya tidak tahu 'strength' anda, maka tidak dapat beri jawapan. Beli satu dan cuba sendiri.
b. Beza antara flatband dan tubeband? pasti flatband lagi lembut dan senang dikendali, tapi biasa cepat putus (10-600 tarikan) dan tidak boleh main semasa ada angin (getah akan gegar kena angin dan ganggu pembidikan). Kalau nak banding juga, rasa tarikan tubeband 1636 lebih kurang sama kepada flatband 1.2mm. Sebab senang dikendali, pakai lastik flatband lagi cepat dipelajari dan dapat kena sasaran dengan cepat.
c. Getah brand XXX itu tahan pakai kah? Getah itu dibentuk daripada bekuan cecair, maka tiada satu getah yg sama ketebalan/kepadatan dari hujung ke hilir. Walaupun sama kilang, sama model & sama ketebalan, batch pengeluaran yang lain, rasa tarikan mahupun hayat penggunaan pasti akan berbeza (samada sampai peringkat anda boleh rasa dengan jelas).
d. Apa kelebihan getah 'branded'? Biasa lebih mematuhi piawaian, kurang berbau aneh (sebab sanggup belanja kos masukkan bahan kimia yg lebih), packing lebih kemas/sempurna/cantik, ada sijil QC. --> tapi mungkin juga ialah OEM oleh jenama yg kurang famous juga.
e. Apakah potongan taper/tirus yang paling best? Rujuk balik jawapan (a), setiap orang mempunyai kekuatan dan kepanjangan tangan yang berlainan, itu kena sendiri carikan taper yang paling sesuai dengan sendiri. Carta-carta dan data-data orang lain (walaupun dia Champion) bagi hanya boleh sebagai rujukan atau panduan sahaja.
f. Getah YYY cepat putus? teknologi getah sampai hari ini, walaupun yang cap ayam pun dah ada standard tertentu. Balik kepada (e), melalui potongan taper tertentu dapat kawal [hayat + rasa tarikan] getah (yang main maximum itu sila abai). Ini macam tayar kereta buat 'alligment', alignment yg betul dan sesuai, tayar anda akan tahan pakai.
Secara logik, satu getah tebal & satu getah nipis dipotong sama kepanjangan dan taper, yang nipis biasa akan koyak dulu sebab ratio tarikan lebih (mungkin 1:6), getah tebal akan tahan sikit (1:5).
g. Macamana cara simpan getah yang paling elok? simpan di kotak kalis cahaya, kalis angin, di hawa bilik yang dingin, walaupun ini akan 'kumpul bau' tapi getah pasti lebih tahan disimpan.
h. Macamana elak getah cepat putus? jangan main maximum, buat penjagaan (rujuk FAQ 23 di atas).
i. Saya beginer, OK-kah saya buat pemotongan getah sendiri? Tidak digalakkan, sebelum anda dapat mencari sesuatu getah yang sesuai untuk sendiri, baik beli yang siap ikat utk cuba dulu. Dan CUBAAN itu juga bukan cuba satu helai shj, kena cuba 2-3 getah yang sama baru mungkin betul2 anda dapat memahami sifat/tabiat satu2 getah. Jika terlalu cepat potong sendiri, mungkin akan jadi terkongkong kepada ketebalan getah yang anda beli.
FAKTA: Getah yang paling selesa anda tarik, tidak semestinya ialah getah yang akan paling tepat anda melastik target.
30. Semasa memasang getah pada lastik, mana lebih bagus lengkung dua2 ke atas ,dua2 kebawah atau 1atas 1bawa?
Sini kita katakan getah ikatan biasa (double fold). Kalau dua-dua lengkung ke atas, secara logik, fizik serta keadaan sebenar, andai lastik dipegang melintang dgn tangan kiri, guli akan cenderung ke kanan sedikit, tapi sebab bahagian kanan itu ruangan kosong, maka kita dapat nampak titik jatuhan guli, kita boleh adjust. Sebaliknya kalau dua2 lengkung hala ke bawah,guli cendering ke kiri, maka tangan kita dah halang pandangan mana guli pergi. Maka dua2 lengkung ke atas lebih sesuai daripada dua2 ke bawah.
Tapi utk ikatan pelapik yang 'songsang', satu lengkung hala atas, satu lengkung hala bawah pula imbangkan pelepasan guli. Tetapi ini masih terpulang kpd kesesuaian & keselesaan individu. YANG PENTING, JANJI KENA.
Tapi kena ingat, kalau untuk getah ikatan biasa, jangan pula sengaja pasang songsang. :)
31. Adakah alat bidik (aiming sight) itu membantu dalam ketepatan melastik? Bagaimana cara memasang 'benag fiber'?
Alat bidik akan membantu ketepatan sekiranya anda hanya praktik jarak yang tetap (contoh 15 meter), sebab anda boleh anjak titik pada alat bidik 'menepati' titik sasaran. Tetapi dalam keadaan 'outdoor', lebih disyorkan pakai 'titik bayangan' supaya lagi flexible.
Sesetengah alat bidik juga mungkin akan 'mengguris / melukakan' getah semasa perlepasan guli.
Cara pasang benang fiber:
Tips: pasang satu titik dah memadai, sebab jika pasang semua titik, akan mengganggu tumpuan membidik.
32. Apa kepanjangan getah yang paling sesuai untuk saya?
Tarikan semasa melastik terbahagi kepada beberapa jenis: 'short pull' (anchor point @ titik permulaan di pipi), 'medium pull' (anchor point @ titik permulaan melepasi kepala), 'medium long pull' dan 'long pull' (@ butterfly).
Getah pula ada ratio tarikan yang berbeza, yang paling biasa ialah 1:6 dan 1:6.5. Lain ketebalan, rasa keselesaan menarik pada individu akan berlainan. Maka anda perlu cuba sendiri "draw length" (masa tarik getah, jarak di antara titik di kepala busur sampai ke titik pipi anda menetapkan posisi) yang paling selesa pada anda sendiri.
Maka kepanjangan yang paling sesuai = "draw length" / 5.5 + 6cm (kontingensi untuk tempat ikatan pada pelapik serta buffer), di sini anggap ratio getah ialah 5.5 kali ganda
Untuk mereka yang suka main maksimum = "draw length" / 5.5 + 2cm (kontingensi untuk tempat ikatan pada pelapikshj), risiko ialah hayat getah akan jadi pendek
*Sekiranya anda pakai lastik FeiHu atau Danka (bead stuck), tambah 10mm.
33. Cara ikat lanyard?
Sekiranya lubang di pemegang lastik terlalu kecil, anda boleh pakai urat tembaga yang dicerai daripada wayar elektrik untuk sebagai benang tarik untuk membantu menembuskan tali lanyard melepasi lubang pemegang.
34. Apa itu 'dynamic shooting' (动态激发)?
Secara am, ada dua cara:
a. selepas menarik getah ke kepanjangan yang biasa buat, sebelum melepas guli, tarik lagi 2-3cm baru lepas.
b. semasa melepas guli, pergelangan tangan yang memegang lastik serentak menolak (membuang) ke depan.
Ini akan menambahkan pecutan guli melepas serta daya hentakan guli pada sasaran, tetapi sekiranya buat tak betul, akan hilang ketepatan, mahupun terjadi 'tembak busur' (fork hit).
35. Kaedah2 & Proses Pembuatan Lastik
a. Kerja tangan - kayu secara pahat & ukiran. Logam (steel) secara 'cold bending' & 'heat bending'
b. CAD & CNC (draf & ukiran secara komputer, ukiran mesin)
c. Casting (tuang @ acuan)
d. finishing (matte / glossy) - stone wash, ball wash, sand blasting......)
(video2 akan upload~~~~ masih dalam progress......)
36. Apa beza (pro & con) di antara lastik FeiHu (kepala bulat) kepada lastik Klip (kepala petak)?
Tetapi tidak dapat nafi pasang getah untuk lastik FeiHu (cara ikat) amat leceh kepada sesetengah pelastik. Cara klip lebih mudah dan tangkas.
37. Apa beza (pro & con) di antara lastik FLATBAND kepada lastik TUBEBAND?
~~in progress to update~~
38. Apa beza & kekuatan di antara material-material logam, dan beza Lastik Casting (acuan) vs CNC vs Cold Bending?
a. Zinc Alloy - ini mesti casting sebab batang zinc alloy jika bengkok, akan terus patah. Zinc Alloy casing jika dihentam, akan terus retak/kecai.
b. Aluminium Alloy - sama kpd Zinc Alloy, tapi lagi kuat sikit, itu sebab hanya sesuai untuk dibuat handle. Yang beli lastik busur aluminium alloy, hati2 mungkin akan retak.
c. Stainless Steel - boleh casting, cold bending mahupun CNC (lhat video di bawah).
d. Titanium Alloy - tak boleh casting sebab titik lebur yang terlalu tingggi, tak boleh cold bending sebab terlalu keras dan akan patah, tapi boleh 'heat bending'; serta CNC.
(Lastik Cold Bending tidak dihentam seperti yg CNC sbb ia keras dan liat macam 'spring', amat bahaya kpd pemegang tukul jika hentam pada sudut yg tepat, lastik tetap tak patah, lekuk sikit saja, tapi muka pemukul mungkin akan dilibas)
Mungkin ada yang akan kata saya pakai lastik bukan untuk hentam atau dihentam, tapi 'torture test' di sini hanya ingin membawa pemahaman terhadap kekuatan logam tertentu, serta ketahanannya selepas melalui proses pembuatan tertentu. Jika anda ingin RISIKO kepala/muka anda terhadap peralatan yang tiba2 boleh patah/putus, itu pemilihan anda sendiri.
~~akan update lagi~~
39. Apa beza di antara lastik 聚碳酸酯 Polycarbornate / 聚氨酯板 Polyurethane board / 树脂 Resin / 环氧 Epoxy (FR4, G10, 3204) / 亚克力 Acrylic?
akan update....
40. Macamana bezakan stainless steel dengan steel (keluli / besi), serta jenis2 stainless steel?
Besi ialah logam yang mudah didapati dengan harga yang murah, sifatnya kuat dan liat. Biasanya didapati disekeliling kita, kekurangannya ialah mudah 'karat' jika kena air atau dedah kepada udara yang basah. Besi sangat jarang dibuat jadi lastik, kalau ada juga biasa akan di'chrome' atau 'galvanized' supaya ia tidak mudah karat.
Bar dalam konkrit dibaluti dengan simen, ini akan memperlahankan besi menjadi karat.
Stainless steel ada banyak gred, cara bezakannya ialah memakai bahan kimia tertentu atau alat pemancar analisis cahaya. Cara uji stainless steel dengan magnet bukan cara yang betul, sebab selepas pemprosesan pembuatan tertentu, sifat stainless steel akan ubah dan menjadikan ianya tertarik kepada magnet (kecuali pihak kilang ada buat pemprosesan 'nyah tarikan magnet', tapi biasanya tidak sebab akan menambahkan kos pembuatan).
Stainless steel yg biasa kiata jumpa:
Badan jam tangan rolex atau jam2 tangan biasa ialah Stainless Steel 904. Ini antara gred Stainless Steel yang paling tinggi.
Stainless Steel 316, biasa dibuat tangki air. Lagi tahan karat daripada stainless steel 304.
Stainless Steel 304, paling kerap dibuat sudu garpu
Stainless Steel 301, lebih murah berbanding kpd 304, biasa menjadi pengganti kpd SS304 untuk mengelirukan pembeli.
Stainless Steel 201, antara gred stainless steel yang paling rendah, biasanya mangkuk cuci muka yang jual di kedai RM2 itu SS201. Walaupun ia stainless steel, tapi permukaannya mudah jadi pudar selepas pakai satu jangkamasa yg pendek, macam ada 'water mark'.
Ada juga mangkuk seperti ini yang dibuat daripada SS304, tapi harga akan lagi mahal, dan biasa akan rasa lagi berat bila mengangkatnya.
Stainless steel 440C, ianya lagi keras berbanding kpd SS304, tetapi lebih murah karat.
SS304 bukan 'tak akan karat', sekiranya permukaannya biar kotor, serbuk besi di udara akan melekatinya dan mengumpul jadi kelompok karat. Tapi karat macm ini boleh dibuang dengan dendam dalam air cuka.
Dalam pembuatan lastik/ketapel, SS304 & SS440C adalah dua bahan yang paling sesuai dan ideal. Tapi klu 'cold bending' yg SS440 akan lagi mahal sebab lagi sukar dibengkokkan.
~~in progress to update~~
41. Apa itu "Stainless Steel Casting" (Acuan)?
Casting ialah teknologi bentuk logam sejak zaman sebelum masihi.
Dalam pembuatan lastik, bahan zinc alloy 100% pakai "casting", yang aluminium alloy biasa akan "casting" atau "CNC" (ukiran mesin), yang aluminium alloy 100% "CNC", sbhg kecil heat bending. Yang stainless steel? boleh cold bending, heat bending, "casting", line cutting, serta CNC.
Stainless steel cold bending - ini paling kuat, klu ketuk paling kuat pun lekuk/kemek sikit shj.
Stainless steel heat bending - akn patah jika tekanan sangat kuat (kecuali selepas heat bending, buat proses re-hardened.
Stainless steel CNC - akan bengkok saja jika diketuk kuat dengan tukul besar.
Stainless steel "casting' - mungkin akan retak jika diketuk kuat dengan tukul besar.
(penerangan utk stainless steel shj, klu zinc alloy casting , mungkin mudah retak selepas lama pakai)
42. Fakta mengenai Sling Rifle?
atau ia Gimik shj? (utk yg sdh ada atau dah beli, abai saja, jgn baca,
klu baca maka jgn ambil hati selepas baca)
Baik:
1. Blh pakai getah yg
amat berat (khusus yg jenis loading pakai pijak), maka guli blh terbang jauh, impak
lagi kuat.
2. Nampak bergaya,
dan nampak mengancam (deterrence) kpd orang yg berniat jahat.
3. Utk yg tinngal di
kebun yg lokasi terpencil, yg sering ada gangguan binatang liar, sling rifle merupakan
gantian yg baik kpd senapang (payah dpt lesen).
Buruk:
1. Apa2 alat pemacu
menembak yg ada trigger adalah salah di sisi Undang2 Msia (sama juga utk kbykan
negara).
2. Biasa badan terlalu
panjang, payah nak bawa.
3. Yang ada laser
pointer, itu gimik shj, siang hari klu lebih 5~6 meter, anda sdh tak akan dpt
nampak mana titik jatuh laser pointer (kecuali pakai Laser Hijau yg pro). Wbmanapun, sesuai utk hentam cermin kereta
org lain waktu mlm (gurau shj, jgn buat;
tapi klu tak erti agak jarak & zeroing, tetap tak akan kena
tepat). JGN TERPERDAYA dgn action movie
Hollywood, laser yg dipakai oleh SWAT tu lain, keadaan sebenar tak mcm apa anda
tgk dlm movie.
4. Sling rifle hanya
tepat jika anda tahu buat 'zero-ing' (pelarasan titik bidik), serta mesti dlm
keadaan 'siap sedia'. Klu nak pakai utk
halau anjing liar yg tgh kejar nak gigik anda, atau babi hutan yg tiba2 ceroboh,
blh angkat sling rifle jadi senjata kasi hentam saja, tembak memang tak sempat.
5. klu anda biarkan
sling rifle anda dlm keadaan sentiasa "loading/siap sedia", adalah
sgt bahaya jika tersalah picit picu. Getah
yg siap 'loading' terlalu lama, elastik getah akan menurun (titik bidik turut akan
ubah).
6. klu getah tiba2
putus semasa loading, lagi kuat getah, lagi berat akan anda kena libas.
Soalan lazim temtang Sling Rifle:
a. apa saiz getah yg
sesuai? jawap: ikut apa impak anda cari, biasa lagi tebal
getah, lagi kuat impak. biasa yg pakai ialah 2050/2055/3060/3070.
b. apa panjang getah
yg sesuai? jawap: ikut kepanjangan sling rifle anda.
b. apa saiz manik
penyumbat yg sesuai? jawap: pemilihan manik bukan bergantung kpd saiz getah,
tapi saiz manik yg betul ialah manik tersebut boleh masuk mata lubang kepala
busur tetapi tidak melepasi lubang tersebut (masa tanpa getah).
***Saya tak jual sling rifle, jangan tanya nak beli sling rifle sama sy.
43. Taper Cutting Template vs Universal Ruler, bagaimana pilih?
*Template blh potong dengan cepat dan kemas, tapi satu saiz taper shj.
*Universal Ruler, lambat, tapi byk saiz taper blh buat (sgt sesuai utk beginner yg baru nak cuba potong getah sendiri).
#Universal Ruler Qice vs Pembaris Template berjurang?
Universal Ruler Qice lebih sesuai utk mrk yg lebih yakin bila potong getah; Pembaris Template berjurang blh elak potong 'out of track', tapi kena pandai padankan skala (kecuali beli jenis yg ada guide, tapi harga lebih nahal).
#Template Standard (Straight) vs Template Dual (dual speed acceleration)?
Yg standard mcm biasa, yg dual 'initial speed' guli memancar akan menungkat, tapi ganjarannya ialah kena tarik lama sikit (supaya power blh concerntrate penuh ke atas getah).
#Yang Template Triple (Triple speed acceleration)?
Hanya sesuai utk orang lama yg dah biasa dalam pengawalan perlepasan guli.
Tamat bab ini. Balik ke BAB 10 @ Home.