Lastik / Katapel / Slingshot / Catapult Era Baru
bila sebut LASTIK / Ketapel, biasa orang akan melintas dlm fikiran TEMBAK BURUNG, PERMAINAN KANAK2, mahupun KEBUDAK-BUDAKAN, tapi ini semua bukan tujuan LASTIK MODEN
Piagam / Etika Mengguna Lastik Moden:-
1. Lastik moden adalah salah satu jenis sukan / hobi / latihan jasmani.
2. Lastik moden BUKAN direka untuk tujuan sebagai senjata, BUKAN untuk mencedera mahupun memusnahkan nyawa manusia, binatang mahupun harta benda. Lastik moden bukan untuk dipanah ke sasaran yang bukan direka khusus dan sesuai untuknya. (Memburu dengan lastik amat tidak digalakkan, kecuali untuk isi perut, menghapuskan binatang perosak atau tujuan mempertahankan diri).
3. Dilarang sama sekali mengacukan lastik ke arah rakan-rakan dengan niat bergurau.
4. Nasihat Tegas: Remaja di bawah umur 18 hanya dibenarkan membeli dan menggunakan peralatan lastik di atas kebenaran & bimbingan ibubapa / penjaga.
5. TIDAK melastik di khalayak ramai semata-mata untuk berlagak atau tayang aksi kehebatan anda.
6. Sentiasa menghormati & sayang peralatan & sukan lastik, serta rakan sehobi lastik.
7. Hanya berlatih di tempat yang sesuai, BUKAN di tepi lebuhraya, di lorong flat, di tepi landasan keretapi, dalam kawasan flat, perumahan atau di kawasan yang mempunyai aktiviti2/pergerakan manusia yang kerap. Tidak mengganggu ketenteraman orang lain semasa berlatih.
KESELAMATAN SENTIASA DIUTAMAKAN
Kepada para pemula ('beginner'), amat disyorkan memakai 'eyewear', sarung tangan & mengguna guli tanah (safety mudball) agar menjaga keselamatan diri & rakan sekitar.
KEISTIMEWAAAN BERLATIH MELASTIK
Melastik bagai senaman untuk tumpukan perhatian, baik juga dalam membentuk fikiran yang tenang & tenteram. Juga baik untuk menggerakkan otot-otot tubuh badan kita, serta menjadikan pandangan mata kita lebih tajam.
Keingkaran anda melanggari piagam/etika lastik moden hanya akan menggugat dan mengkaburkan masa hadapan sukan lastik moden ini. Biar sama-sama meriahkan hobi ini, jangan menjadikan hobi/sukan ini dilabelkan dengan imej 'kebudak-budakan', 'ganas', 'bahaya', 'mengganggu', 'tak senonoh' di pandangan masyarakat ramai. :)
***Kepada peminat-peminat sling ikan & sling burung yang terbaca tulisan saya, jangan ambil hati dengan ulasan #2, sling ikan lebih kepada kepuasan atasi alam & uji bakat reaksi balas, sebab sasaran itu hidup & licik; berlainan kepada "competitive slingshot" yang lebih bersifat sukan, menumpukan kepada ketepatan yang stabil & berlanjutan, sebab perlu menepati sasaran dengan bilangan das yang banyak untuk mendapat mata yang tertinggi. Tidak dinafikan sling ikat & sling burung lebih dekat kepada asal-usul maksud alat lastik dibentukkan. :) Terpulang budi bicara peminat lastik akan datang untuk memilih jalan sendiri.
Hakikat sejagat ialah semua pelastik berjiwa "sniper".
***Bagi mereka yang tidak pernah main lastik, semasa anda melastik berdekatan mereka, meraka senang terasa "terancam" kerana takut kamu akan tertembak mereka, dan juga rasa gementar dengan peralatan yang begitu mudah dapat menjanakan kuasa pembinasaan yang begitu tepat & menakjubkan. Maka etika pelastik memang penting dalam menjaga aspek ini, jangan biar orang luar melihat anda seandai anda seorang yang sedang 'mengamuk' dan berwas-was terhadap anda..